Setelah reda beberapa kontroversi yang pernah menghimpit dirinya, Tasha Shilla kini bangkit semula selepas dua tahun berehat daripada lapangan seni.
Memetik laporan Kosmo!, Tasha berkata, dalam tempoh itu dia bukan saja kini berubah menjadi seorang yang berfikiran lebih matang malah imej dan penampilannya juga sudah berubah.
Kalau selama ini dia sinonim dengan imej seksi, pelakon berkult sawo matang ini sekarang semakin selesa bergaya dengan penampilan yang lebih sopan.
“Dahulu saya masih muda sentiasa ingin bergaya dengan selesa tanpa memikirkan impaknya. Sekarang pada usia 30 tahun dengan fikiran lebih matang, rasanya saya lebih selesa dengan gaya sopan dan sesuai dengan usia.
“Perubahan itu dibuat bukan kerana peminat, tetapi untuk kebaikan diri sendiri. Saya masih Tasha Shilla dan akan kekal menjadi diri saya sampai bila-bila.
Apapun seksi itu bersifat subjektif, kadangkala saya pakai kebaya orang masih kata seksi,” kata pelakon drama Sedingin Cinta Antasya ini.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci