Friday, 29 September 2017

Dituduh Beli Gelaran Datuk, Ini Jawapan Afdlin Shauki...





Hujung minggu lepas, Afdlin Shauki ialah antara 155 orang yang menerima darjah kebesaran dan pingat dari Istana Pahang bersempena keputeraan Sultan Pahang yang membawa glaran Datuk.


Bagimanapun, terdapat cakap-cakap kurang menyenangkan mendakwa Afdlin membeli gelaran tersebut, tambahan pula dia dikatakan antara yang lantang membidas di media sosial tatkala pelawak Zizan Razak membuat jenaka mengenai ‘Datuk beli’ sebagai pengacara di malam pelaksanaan Festival Filem Malaysia yang baru berlangsung.

Malam tadi, Afdlin melalui akaun Instagramnya telah menulis panjang mengenai dakwaan dia telah ‘membeli’ gelaran Datuk tersebut.




Assalammualaikum. Lewat malam ni aku berfikir. Masih rasa macam dalam alam mimpi. Tak pernah berlaku dalam sejarah industri hiburan ini apa yg berlaku pada kami. Tak sangka yang 4 orang sahabat satu angkatan dapat mencapai kurnia ini sewaktu kami semua masih hidup.


I am so proud of my brothers. Peduli apa orang nak kata. Baju tu memang kami beli. Tapi kurnia kami tidak.


Kurnia ini bukan kami cari. Kami hanya buat yang terbaik dalam hidup kami untuk memberi nafkah terbaik untuk keluarga kami. Tapi dalam perjalanan itu, ada manafaat juga yang di berikan kepada masyarakat.


Terima kasih kepada pihak Istana yg memberi pengiktirafan kepada kami sebagai anak seni, usahawan dan sukarelawan. Allah SWT saja tahu apa yg kita sudah buat dengan bakat, tenaga dan harta kami selama ini.


Kami bermula dari bawah dgn penuh kesusahan. Kami bukan tak pernah jatuh dan bangun. Dengan berbekalkan kepercayaan pada diri sendiri, keinginan untuk menghibur dan memberi manafaat, kami sampai ke tempat ini.


Kini kami masih berusaha. Masih belajar. Masih memberi manafaat. Semoga kami dapat memberi peransang kepada sesiapa sahaja yang tak percaya yang seorang budak Flat Sri Sabah boleh merubah hidup keluarganya dan menjadi pemangkin perubahan dalam industri atau masyarakat sekelilingnya.


Terima kasih kepada yNg menyokong kerja-kerja kami selama ini. In Shaa Allah kami akan terus memberi yg terbaik dan membawa perubahan positif pada industri kami dan masyarakat Malaysia.

Percayalah! You can do it too!! Aku bersyukur pada Allah SWT dan sangat merasa rendah diri di atas pemberian-Nya ini.



Afdlin yang ini seorang usahawan memulakan karier sebagai penyanyi untuk Roslan Aziz Production sekitar 90-an dan kemudian membabitkan diri sebagai pelakon sebelum menceburi bidang pengarahan filem.

Bagaimanapun, Afdlin sebelum ini memberitahu telah berhenti mengeluarkan filem kerana sambutan kurang memberangsangkan penonton filem Malaysia terhadap filem tempatan dan memulakan perniagaannya dalam bidang pakaian. – beautifulnara.com

5 Pekerjaan Yang Paling Teruk Atas Muka Bumi…





Jika sebelum ini admin berkongsi dengan anda senarai kerja paling stress, kerja paling pelik, kerja paling berbahaya dan kerja yang paling menggemukkan badan, namun kali ini kami ingin berkongsi senarai pekerjaan yang paling teruk di dunia.

Mungkin terdapat lagi pekerjaan yang lebih teruk namun bagi iluminasi.com ini adalah 5 yang paling teruk di antara yang paling teruk di dunia.



5. Penyelidik nyamuk Brazil


Bagi penyelidik-penyelidik yang berusaha membanteras malaria, mereka perlu mengkaji tabiat gigitan nyamuk yang menyebarkan penyakit tersebut. Seperti di Afrika, nyamuk-nyamuk tersebut tertarik dengan perangkap yang menggunakan cahaya atau angin, namun di Brazil, teknik itu tidak berkesan kepada nyamuk yang bijak iaitu spesis Anopheles Darlingi.

Nyamuk ini hanya akan datang jika diletakkan umpan, dan biasanya umpan tersebut adalah manusia, iaitu penyelidik itu sendiri. Saintis tersebut akan keluar pada waktu petang di mana nyamuk menjadi aktif dan duduk di dalam kelambu yang dibiarkan sedikit terbuka di bahagian bawahnya.



Nyamuk yang bijak ini kemudiannya masuk menggunakan ruang di yang terbuka di bawah dan mula mencari makanannya. Apabila nyamuk ini mula menghisap darah, saintis tersebut akan menggunakan sebuah bekas dan memerangkap nyamuk tersebut.

Saintis veteran, Helge Zieler mengorbankan dirinya untuk sains 2 kali seminggu, dan beliau pernah menangkap 500 ekor nyamuk hanya dalaam masa 3 jam. Kesan daripada itu, beliau menerima hampir 3,000 gigitan.

Beliau pernah dijangkiti malaria disebabkan kerja ini. Walaupun mengambil ubat prophylactic chloroquine, Helge mengambil masa 2 tahun untuk pulih daripada malaria.



4. Pengawal kualiti makanan kucing


Bagi mereka yang pencinta kucing, belum tentu sanggup bekerja sebagai pengawal kualiti makanan kucing. Seorang warga Britain, Jon Hanson yang merupakan pekerja dalam bidang ini, memberitahu bahawa ia adalah kerja yang paling teruk dalam hidupnya.

Kerja nya bunyi macam mudah, tapi apabila melaluinya, tiada siapaa yang tahu. Tugas pertama adalah membenamkan muka ke dalam bekas yang dipenuhi makanan kucing dan menghidu makanan tersebut. Ia bertujuan memastikan makanan tersebut masih segar. Kalau segar tak mengapa, kalau tak segar? Muntahlah jawabnya.

Tugas kedua adalah memasukkan lengan ke dalam makanan dan meraba mencari ketulan tulang lalu dikeluarkan. Bagi mereka yang sensitif, baca artikel ini pun boleh termuntah.



3. Tukang bersih pembetung


Antara kerja yang paling memerlukan ketahanan mental yang paling tinggi di dunia. Kerja membersih pembetung bukanlah kerja yang boleh diguraukan, kerana ia sangat-sangat mencabar.

Seperti Ramesh Sahu dalam gambar di atas, beliau merupakan pekerja di jabatan sanitasi di Calcutta, India yang bertanggungjawab dalam mencuci dan membersihkan serta mengeluarkan muatan pembetung di bandar tersebut. Biasanya Rakesh akan duduk di dalam lubang pembetung, 7 kaki di bawah tanah dan mencedok segala sisa buangan manusia dan apa sahaja yang ada di dalamnya.



Berbekalkan cangkul, Rakesh akan cecair likat seakan lumpur daripada pembetung dan memasukkan ke dalam baldi. Bayangkan anda terpaksa mencedok dan menghidu kotoran termasuk tahi dan air kencing orang satu bandar.

Euw! Kotoran yang sangat busuk terpercik ke atas badan Rakesh tatkala mengangkat baldi tersebut dan diberikan kepada pekerja yang berada di atas. Lebih teruk, kerja yang telah dilakukan oleh Rakesh selama 10 tahun ini hanya dibayar RM450 sebulan.



2. Tukang onani haiwan


Baca nama pekerjaan ini pun sudah tepuk dahi, belum buat lagi. Bagi saintis yang ingin melakukan kajian terhadap tahap kesuburan haiwan atau persemanian buatan, mereka memerlukan sperma haiwan tersebut.

Dan bagi mendapatka sperma, mereka mempunyai 3 pilihan, sama ada memasukkan jarum elektrik ke dalam dubur haiwan, menggunakan faraj buatan, atau melakukan cara tradisional, iaitu onani haiwan tersebut.

Bagi melakukan tugas ini, pekerja tersebut mestilah terlatih. Ia biasanya dilakukan terhadap lembu tenusu yang dianggap sebagai lembu yang paling berbahaya.

Terlebih dahulu, lembu tersebut akan melalui proses menaikkan syahwatnya, dan ketika ia sudah bersedia, pekerja yang sangat berani ini perlu masuk ke bawah celah kangkang lembu ini dan memasukkan zakar lembut tersebut ke dalam faraj buatan. Pekerja ini perlu memegang “gajet” tersebut dengan sekuat-kuatnya ketika lembu tersebut sampai ke kemuncak.

Bagi menjaga keselamatan pekerja yang berani ini, 3 orang pekerja lain dipasangkan tali pada badan mereka dan diikat pada hidung lembu tersebut, jika berlaku kecemasan, mereka akan menarik tali tersebut. Namun, ramai yang telah dihantar ke hospital disebabkan pekerjaan ini. Bukan sahaja menjijikkan, malah merbahaya!



1. Tukang cuci panggung wayang porno


Bekerja sebagai tukang cuci sudah dikira sebagai tugas yang sangat sukar. Bukan hendak memperlekehkan pekerjaa ini namun realitinya adalah sangat teruk. Seperti pencuci tandas atau loji kumbahan, ia melibatkan kekotoran dan bau yang sangat busuk. Tak semua orang mampu bekerja sebagai tukang cuci.

Tapi, apa yang lebih teruk dan jijik daripada tukang cuci biasa adalah tukang cuci panggung wayang porno. Ya, panggung wayang ini wujud di negara barat. Dan jika anda bekerja sebagai tukang cuci di panggung wayang biasa, apa yang anda akan sapu dan mop selepas tamatnya filem kemungkinan popcorn dan juga botol minuman.

Namun, tukang cuci panggung wayang porno ini terpaksa berhadapan dengan perkara yang lebih menjijikkan, iaitu membersihkan sperma yang “tertumpah”. Kalau ini bukan kerja yang paling memualkan, penulis tak tahu lah.








Rujukan :

1. News Week

2. Popsci

3. BBC

Sumber: iluminasi via mediaon9.com

Aspirasi Menang 30-10 Dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya





KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UM 2017/2018

Zon Umum A1: 1-1
Zon Umum A2: 1-1
Zon Umum S1: 1-1
Zon Umum S2: 2-0

Fakulti Perubatan: 2-0
Fakulti Pergigian: 2-0
Fakulti Alam Bina: 2-0
Fakulti Sains Komputer & Sains Komputer: 2-0
Pusat Sukan: 2-0
Fakulti Kejuruteraan: 1-1
Fakulti Undang-Undang: 1-1
Fakulti Perniagaan & Perakaunan: 2-0
Fakulti Pendidikan: 2-0
Fakulti Bahasa & Linguistik: 2-0
Pusat Kebudayaan: 2-0
Fakulti Sastera & Sains Sosial: 2-0
Fakulti Ekonomi & Pentadbiran: 0-2
Fakulti Sains: 1-1
Akademi Pengajian Islam: 0-2
Akademi Pengajian Melayu: 2-0

30/40 kerusi!

TAHNIAH PENGGERAK MAHASISWA KERANA BERJAYA MEMENANGI TAMPUK KEPIMPINAN MPPUM 2017/2018!!!

#StandWithYou
#TerusGerak



Sumber : ANGIN PERUBAHAN

Li Chunrong Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Proton





Li Chunrong dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) yang baharu hari ini.

Pelantikan ini susulan tindakan pengunduran Datuk Ahmad Fuaad Kenali dari jawatan tersebut berkuat kuasa 30 September 2017.

Ahmad Fuaad akan memegang jawatan CEO Malakoff Corp Bhd berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata beliau percaya Proton akan segera kembali mencatat keuntungan susulan pelantikan CEO baharu itu.

Sementara itu, Li Chunrong berkata beliau akan berusaha keras memastikan kejayaan Proton.

Manakala, Datuk Radzaif Mohamed akan kekal sebagai Timbalan CEO Proton.

Sementara itu, Syed Faisal turut mengumumkan kemasukan dua individu dari Geely Holding, Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng kepada ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd.

Bekas Penghuni Pusat JKM Dakwa Warden Liwat Remaja Dibiarkan Bebas




Seorang bekas penghuni sebuah pusat jagaan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendesak Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengarahkan siasatan terhadap laporan jenayah liwat dan penderaan seksual melibatkan warden di pusat seumpama itu di Melaka sejak tahun 2000.

Muhammad Khairul Hafiz Abdullah, kini 30 tahun, berkata selain beberapa laporan polis terhadap seorang warden berusia lebih 50 tahun itu, beliau juga mempunyai bukti pengakuan pelaku itu dirakam.

“Saya ada bukti wujudnya kes liwat dan penderaan seksual di pusat jagaan terbabit dan saya ada bukti dari A ke Z, termasuk pengakuan daripada pengawai terbabit saya rakam,” katanya ketika temubual bersama FMT.

Menurutnya, jenayah itu berlaku sejak 17 lalu, bermula tahun 2000.

“Bayangkan berapa ramai remaja yang menjadi mangsa,” kata Khairul, yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak).

“Saya bukan buat tuduhan palsu. Saya buat dakwaan ini berdasarkan pengakuan daripada mangsa dan pengalaman saya sendiri semasa berada di sana.”

Khairul berkata setelah ditekan, si pelaku mengaku melakukan jenayah tersebut, bagaimanapun tidak mengingati berapa ramai dimangsakan dan memaklumkan hanya melakukan “seks ringan” sahaja.

Menurutnya, beliau pernah “tengok depan mata sendiri” ketika menghuni pusat itu 15 tahun yang lalu, dan masih trauma bagaimana orang yang sama pernah cuba meliwatnya.

Khairul mendakwa sudah 9 remaja berumur antara 13 dan 18 tahun membuat aduan.

Bagaimanapun, mangsa disogok wang dan diugut tidak membocorkan rahsia kepada pihak lain, atau berdepan tindakan dipindahkan ke sekolah Tunas Bakti Juvana, sebuah sekolah untuk kanak-kanak bermasalah.

Khairul memberikan contoh kes seorang remaja sebelum ini mengaku diliwat lebih 40 kali sehingga menyebabkan kecederaan, tetapi kemudian dihantar ke sekolah tersebut.

Tiada tindakan

Khairul berkata sehingga hari ini, tiada tindakan diambil walaupun laporan polis dibuat sejak 2010.

“Kami persoal kenapa sehingga hari ini tiada tindakan daripada pihak polis diambil walaupun banyak laporan dibuat kepada pelaku. Laporan dibuat pada 2010, 2011, dan terbaharu 2017.

“Saya desak sekali lagi kes ini dibuka semula dan satu tindakan drastik diambil. Tidak kiralah isu ini berlaku beberapa tahun lepas, asalkan hukuman setimpal dikenakan,” katanya.

Khairul berkata aduannya kepada JKM turut menemui jalan buntu.

“Tiada hukuman dikenakan, sebaliknya alasan yang diberikan, pihak mereka mahu menyiasat terlebih dahulu.

“Kenapa pegawai ini dibiarkan begitu sahaja, kenapa tidak dipenjara?”

“Niat saya untuk membantu anak-anak dari terus menjadi mangsa dan tidak mahu melihat ramai lagi menjadi mangsa.

“Saya dedahkan perkara ini bukan suka-suka, saya ada bukti dan saya bertemu empat mata dengan pelaku dan rakam setiap percakapan,” katanya, dan mempersoalkan sama ada perkara sama berlaku di pusat jagaan lain tetapi tidak diketahui kerana mangsa diugut.

Perbak yang dipimpin beliau kini menjaga lebih 1,700 penghuni yang pernah tinggal di pusat jagaan JKM.

FMT sedang berusaha mendapatkan reaksi JKM.




Thursday, 28 September 2017

Nak Kecam Kecamlah! Tapi Saya Tak Akan Buka Tudung - Neelofa




Pelakon dan pengacara televisyen Neelofa menegaskan dia tidak akan sesekali membuka tudung walaupun dilantik menjadi duta jenama antarabangsa dan dikecam netizen.

Katanya, hijab telah membawa dia menjadi dirinya sekarang dan kejayaan yang diraih hari ini bermula daripada niatnya untuk bertudung sejak tiga tahun lalu.

"Saya tidak terfikir dan tidak akan sesekali membuka tudung walau sesaat. Hijab ini membawa siapa saya sekarang.

"Ketika di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum baru-baru ini, saya menjadi salah seorang speaker wanita muda bertudung dari negara yang asing bagi mereka dan alhamdulillah imej ini yang membuka mata mereka.

"Saya juga pernah bertanya kenapa Swarovski mahukan saya, jawab mereka saya mewakili wanita muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza-beza.

"Kemudian, di Boston pula nanti saya diminta menjadi speaker untuk bercakap mengenai jenama tudung saya. Jadi, ini bukti betapa besarnya kuasa sehelai hijab," katanya pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor hari ini.

Neelofa juga sebelum ini dikecam kerana memakai seluar jeans yang didakwa menampakkan bahagian lututnya ketika bercuti di luar negara bersama keluarganya.

Malah, ketika pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu berada di Milan, Itali, dia sekali lagi menerima kritikan netizen apabila memakai tudung yang menampakkan sebahagian anak rambutnya.

Mengulas mengenai perkara itu kata Neelofa dia berharap agar netizen lebih terbuka dalam menilai fesyen yang dipakainya.

"Ini bukan pertama kali saya memakai seluar jeans koyak dan menyarung inner nude di dalam. Ketika mengacarakan Meletop pun saya pernah beberapa kali mengenakan gaya sama.

"Kemudian, ketika saya di Milan untuk Milan Fashion Week pun, tiada seseiapa yang stereotaip terhadap penampilan saya.

"Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu," ujarnya.




Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @neelofa

Dari Mana Datangnya Duit Maju Holdings?- Datuk Jo




“Dari mana datangnya sumber untuk membiayai pengambilan alih PLUS Expressway Bhd. (PLUS) oleh Maju Holdings Bhd.?

“Apakah mereka mendapat pinjaman dari luar negara?” itu persoalan yang ditimbulkan Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau mengulas mengenai cadangan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamad yang mahu membeli kesemua pegangan saham milik UEM Group Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam PLUS.

Menurut Johari, cadangan sedemikian bukan asing malah telah dikemukakan oleh banyak pihak sebelum ini.

“Bukan saya kata tidak boleh tetapi saya mahu tahu model kewangannya bagaimana? Kita perlu tahu dari mana mereka mendapatkan dana dan apakah mereka mampu membayar balik pinjaman tersebut?

“Sekiranya mereka mendapatkan pinjaman dari luar negara, apakah yang akan terjadi sekiranya pinjaman tidak mampu dibayar. Ini akan menyebabkan aset-aset strategik negara jatuh ke tangan orang luar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fiesta Labur PNB 2017 di sini hari ini.

Menurut Johari, beliau sendiri masih belum menerima kertas cadangan daripada Maju Holdings tersebut.

Baru-baru ini, Abu Sahid membuat kenyataan mahu membeli sebanyak 51 peratus saham PLUS yang dipegang UEM Group manakala baki sebanyak 49 peratus lagi dimiliki oleh KWSP pada harga melebihi RM30 bilion.

Menurut beliau, Maju Holdings memiliki wang yang mencukupi telah mendapat restu dari ‘pihak tertinggi’ di negara ini, mempunyai penasihat dan bank yang telah siap sedia untuk melaksanakan amalan korporat yang dikatakan terbesar di Malaysia setakat ini.

UEM dan KWSP dalam kenyataan bersama baru-baru ini menyatakan pendirian awal tidak berminat dengan tawaran tersebut namun tetap menjalankan kajian menyeluruh dan pertimbangan terhadap kertas cadangan yang telah dihantar oleh pihak Maju Holdings.



Sumber : MG

5 Kelebihan Kahwin Lelaki Duda & Wanita Janda





Semua pasangan yang berkahwin berharap agar perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi, kadang kala apa yang diharapkan tidak kesampaian dan hubungan berakhir dengan penceraian.

Ramai yang mempunyai anggapan buruk pada lelaki duda dan wanita janda. Tapi, tak salah untuk cuba mengenali mereka yang pernah gagal rumah tangga.

Ini antara kelebihan dan kebaikan jika anda berkahwin dengan ‘duda terlajak laris’ dan ‘janda meletop’!


1. MEREKA LEBIH BERPENGALAMAN
Walaupun pernah mengalami kegagalan, namun mereka lebih berpengalaman dalam hal perkahwinan. Jadi mereka akan lebih hati-hati dalam hubungan hubungan baru kerana tidak ingin gagal untuk kali kedua.

2. MEREKA MENGHARGAI HUBUNGAN & KOMITMEN
Walaupun pernah bercerai, tidak bermakna mereka tidak menghargai pasangan. Mereka akan lebih berhati-hati dan lebih menghargai hubungan baru yang terjalin. Apa yang pasti, pengalaman lalu mengajar mereka.

3. MEREKA TAHU ‘DO’ & ‘DO NOT’ DALAM PERKAHWINAN
Kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka. Jadi, mereka tahu perkara baik dan buruk dalam hubungan. Lebih penting, mereka tahu untuk elakkan diri dari masalah dan kesilapan lalu yang menghancurkan perkahwinan.

4.MENGHARGAI PENTINGNYA KOMUNIKASI
Mereka yang pernah gagal perkahwinan, tahu betapa pentingya komunikasi, keterbukaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Ketiga-tiga perkara tersebut merupakan kunci hubungan bahagia.

5. HIDUP DALAM KEHIDUPAN NYATA
Alam perkahwinan tidak sama seperti dalam drama. Mereka yang pernah bercerai tahu bahawa perkahwinan perlu dipertahankan dan pastikan ego tidak bermaharajalela. Jadi, anda dianggap bertuah jika berkahwin dengan lelaki duda & wanita janda.

Nur Sajat Akan Tamat Zaman Bujangnya Tahun Depan





Nampaknya melepaslah jejaka-jejaka di luar sana termasuk Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah apabila usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.

Nur Sajat yang terkenal dengan tagline Let's Cantik Jangan Mengata berkata jika tiada aral melintang, beliau akan mendirikan mahligai bahagia bersama kekasih hatinya hujung tahun depan.

Namun, katanya, buat masa ini beliau mahu mencapai beberapa sasaran dalam hidupnya yang masih belum dicapai selain mahu mengembangkan empayar perniagaan yang dibina.

"Sajat pun bukan tua, masih muda lagi. Jadi sekarang nak fokus pada bisnes dulu. Dalam bisnes ini, kita tak boleh fokus pada satu-satu bisnes sahaja.

"Lagipun Sajat masih ada sasaran yang belum dicapai. Tunggulah hujung tahun depan, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ajelah," katanya kepada mStar Online.


Lelaki yang didakwa rapat dengan Sajat ketika ini.


Ketika ditanya mengenai soal kekasih, Sajat kini lebih terbuka bercerita mengenainya.

Malah, beliau mengakui sudah berpunya dan mengakui jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu memahami kariernya yang sentiasa sibuk.

"Sajat akui sudah berpunya cuma soal teman hidup Sajat letakkan di tempat ketiga. Bagi Sajat bisnes dan keluarga lebih penting ketika ini dan pasangan hidup ibarat persinggahan," katanya.

Diminta mengulas mengenai lamaran Abdul Rani Kulup, Sajat menyifatkan Raja Report Malaysia itu cuba mencari publisiti murahan dengan mengaitkan dirinya dan rakan industri, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

"Video itu sangat lawak. Sajat tak kenal pun siapa dia tapi yang pasti dia sengaja mencari publisiti murahan dengan cuba mengaitkan dirinya dengan orang seperti Sajat dan Datuk Vida.

"Sajat rasa dia kurang kasih sayang sebab itu dia cuba melamar kami yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Tak perlu kot dia nak melamar lagipun Sajat dah berpunya," katanya.




Kehidupan wanita bersama pasangan nya,ibarat kain putih di corakkan dengan penuh kasih sayang & kesetian.. setiaan pada seseorang pasangan dengan pasangan nya... sebab itu bila kita dah sayang seseorang tu,kita mudah sensitive dan mudah cemburu terutama sekali pada wanita...(dah memang sifat wanita mudah sensetive!!!!)Sebab kita hargai sesebuah hubungan itu..bukan mudah kita sebagai wanita nak memberi cinta kita pada seseorang yang baru muncul dalam hidup kita...tetapi bila dia(bf atau suami)tak menghargai sebuah cinta dalam perhubungan,bagi kita(perempuan) akan terasa di kianati dan dipermainkan... Sebab itu kita sebagai wanita,jangan mudah percaya segala gala nya..kadang2 kahwin yang berpuluh puluh tahun pun,boleh bercerai berai sekelip mata..wanita sangat hargai pasangan nya..tambah2 pula bercinta time sama sama susah dahulu.. bersama dengan nya,makan sepinggan,minum secawan...sanggup buat apa pun demi sayang pada dia(bf&suami)...kadang2 sanggup berjauhan dengan kawan2 demi kekasih hati,sanggup beri masa lebih pada kekasih dari keluarga sendiri...sebab kita sayang sangat pada dia...sebab itu ada kata pepatah..CINTA ITU BUTA!!!!tetapi bila dia(bf&suamai)berada di pucak kejayaan,dah pandai pegang duit berkepok kepok,diri kita dia mudah lupa...klu dulu dia kata,kita lah segala gala nya,janji manis berduyun duyun bagi kat kita(time tak dapat lagi) tapi bila dah dapat..semua jadi dusta belaka😫😫😫😫!!!!!timbul nya simbol simbol sunnah!!!!giteww!!!Seorang lelaki boleh berbinikan 4 orang!!! Hanjing kan🐺🐺🐺!!!Bab2 sedap,ko ikut sunnah NABI,tapi hak asasi kita,ada dia fikir kan???KO MEMANG JANTAN DAHYUS!!!!sedih bila berbicara sedemikian..sebab tu wanita di luar sana,macam mana sekali pun,kita perlu standby kan diri..tak kira mengandung operet ker& normal ker,habis pantang...make sure body terletak!!jangan ada istilah(SUAMI I TERIMA I SEANDAINYA)sekarang memang dia pandang ko,takut2 esok lusa,dia halau ko gitew gitew jerr!!!!beringat B4 KENA PEREMBAT!!!! Apa apa pun.. sediakan payung ☔️sebelum hujan uols!!! Yang penting!!! Jangan mengata❤️❤️❤️Perempuan fuhh🤞🏼🤞🏼🤞🏼🤞🏼🌬🌬🌬 gitew!!!! #motivation #perempuanfuhh #setia #kianat #nursajat02 #letscantik
A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

Playboy Sebenar Sudah Meninggal Dunia






PENGASAS Playboy Enterprises Inc, Hugh Hefner, 91, meninggal dunia akibat sakit tua.



Dalam satu kenyataan, Playboy Enterprises Inc berkata beliau meninggal akibat sakit tua di kediamannya.




MAS: Kalau Tidak Tahu, Mahathir Kenalah Tanya






Teruk juga penyakit "tidak tahu" ini. Masa jadi PM, "tidak tahu" duit hilang sampai RM32 billion.

Bila sudah tiada kuasa dan duduk sama dengan DAP, Mahathir jadi "profesor serba tahu" pula.

Tahu macam mana? Mahathir bukan ada di situ pun. Adalah lebih baik Mahathir bertanya dari bercakap "tidak tahu".

Beberapa hari lepas, Mahathir telah membangkitkan persoalan sama ada Malaysia Airlines Berhad (MAS) akan membeli pesawat udara Airbus atau Boeing, atau kedua-duanya dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau tertanya-tanya jika kemungkinan pembelian 64 pesawat Boeing dan Airbus itu memang sebahagian daripada rancangan MAS.

"Adakah MAS akan beli Airbus A350-900 atau Boeing 787 Dreamliner atau kedua-duanya? Adakah keputusan membeli 58 Boeing dibuat MAS, atau ia keputusan peribadi Najib (Razak) sebagai habuan peluang bergambar dengan Trump?" demikian tuduh Mahathir dalam blognya.

Ternyata Mahathir tidak senang duduk dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, apatah lagi selepas kejayaan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September lalu.

Menerusi kesempatan yang ada, beliau menjadikan isu pembelian pesawat Boeing dan Airbus itu untuk memburukkan Perdana Menteri.

Bagaimanapun "tembakan rambang" Mahathir itu tidak tepat hinggakan beliau telah disindir oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew, sebagai "tidak tahu" tapi enggan bertanya.

Sedangkan kata Bellew, rundingan antara MAB dengan Boeing bagi tujuan pembelian pesawat itu diadakan berbulan-bulan sebelum lawatan Najib ke Washington DC lagi dan sebab utama syarikat itu perlu membeli pesawat ialah banyak pesawat sedia ada akan mencapai usia di mana tidak lagi sesuai digunakan.

Apatah lagi pemilihan Boeing ini dilakukan kerana ia membuat penawaran yang baik.

"Saya sudah baca semuanya dalam blog, ada juga yang dilaporkan kepada saya. Banyak yang tidak tepat, dan tiada sesiapa pun menghubungi saya atau syarikat ini untuk menyemak semua yang dikatakan itu," kata Bellew.

Sebagai orang korporat, Bellew tidak mahu MAS terjejas hanya kerana tuduhan tidak munasabah yang dibuat oleh Mahathir. Bellew bertanggungjawab terhadap operasi MAS, jadi sudah pasti beliau mengetahui segala-galanya.

Tapi peliknya, bila ada yang tidak tahu tetapi cuba berlagak pandai dengan membuat tuduhan palsu. Bukan semua perkara boleh dipolitikkan dan begitu juga dalam isu pembelian pesawat MAS ini.

Namun pelik juga kerana dalam isu melibatkan MAS ini, Mahathir begitu beria-ia memberikan komen, kenapa ketika Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian lebih RM30 bilion akibat urus niaga pertukaran mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, beliau mendiamkan diri dan cakap "tidak tahu".

Sedangkan kerugian itu berlaku ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Memang ganjil jika beliau tidak tahu mengenai kerugian itu.

Apa pun tahniah kepada Bellew kerana memberikan penjelasan, sekurang-kurangnya ia menjawab sendiri tuduhan yang dibuat oleh Mahathir kepada Najib.

Tulisan :
Beruang Biru
BB594, Khamis
29 September 2017

Wednesday, 27 September 2017

Kenapa Zaid Mahukan Golongan Muda Melayu Untuk Berhijrah?





Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 26 September 2017

Seruan Zaid Ibrahim untuk golongan muda Melayu berhijrah, terutamanya ke London, menampakkan sikap manusia yang tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada dan sentiasa berfikiran bahawa orang lain lebih bagus daripadanya. Dan hakikat bahawa Zaid mempunyai sebuah rumah di London dan beliau menghabiskan banyak masa di UK menjadikan nasihat itu aneh apabila memikirkan jika anda tahu bahawa London akan menjadi tempat terakhir yang anda mahu tinggal.

Maksud saya, tidak ada orang Inggeris yang ingin tinggal di London. Ia adalah bandar yang penuh dengan orang asing dan bahagian di London yang membuatkan anda merasa seperti anda berada di Jeddah, Lahore atau Madras. Malah penyeluk saku di kawasan bawah tanah London bukan lagi pelajar Fagin tetapi gipsi dari Romania. Dan jika anda melempar batu ke udara, sembilan daripada sepuluh kali itu ia akan terkena seseorang yang Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda mereka.

Itulah sebabnya mengapa saya mengundi untuk Brexit. Maksud saya, sudah terlalu banyak orang asing di UK yang menyebabkan keseronokan hidup di sini berkurangan. Malah di Manchester dan Liverpool, tiada siapa yang bercakap Bahasa Inggeris. Ia seperti pergi ke Tumpat di Kelantan dan cuba berkomunikasi dengan orang tempatan. Amenda demo kechek. Tak pahe sepatah hare.

Anda perlu hidup di sini untuk menghargai Malaysia. Negara ini sangat liberal dan menghormati hak-hak sivil sehinggakan kanak-kanak berumur sepuluh tahun boleh menendang bola ke kereta yang baru anda beli dan tiada apa yang dapat anda lakukan. Jika anda menjerit memarahi kanak-kanak itu, anda boleh ditangkap kerana membuat gangguan. Sekiranya anda menyentuh mana-mana kanak-kanak itu dengan hanya satu jari anda akan ditangkap sebagai pedofil. Sekiranya mereka adalah anak anda sendiri dan anda merotan mereka, anda akan ditangkap dan anak-anak anda akan diambil dari anda dan akan dihantar ke rumah kebajikan. Kanak-kanak berumur sepuluh tahun boleh menjerit kepada anda dan memanggil anda MF-CS dan tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan mengenainya. Tetapi jika anda menjerit kembali kepada mereka, anda akan ditangkap atas apa-apa undang-undang yang mereka putuskan anda telah langgar.

Ambil contoh Clare Rewcastle Brown. Beliau menulis tentang perkara-perkara yang paling kejam mengenai Malaysia, Umno, Perdana Menteri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, dan sebagainya, dan mengatakan ini adalah apa yang dikatakan oleh orang ramai, menurut mereka yang mengetahuinya, apa yang beliau sangkakan, dokumen yang beliau lihat tetapi yang tidak boleh didedahkan, dan sebagainya. Tetapi jika anda mengatakan apa-apa tentangnya, walaupun ia benar, beliau boleh melaporkan anda kepada polis dan polis akan berada di depan pintu anda untuk mengancam anda untuk berhenti menulis tentang beliau kerana ia menyebabkan beliau tertekan dan bimbang.

Di Malaysia, apabila orang Cina DAP mengatakan Singapura lebih baik kerana ia ditadbir oleh orang Cina, anda boleh memberitahu mereka untuk meninggalkan Malaysia dan pergi tinggal di Singapura. Di UK, apabila seorang rakyat Pakistan berkata Pakistan adalah lebih baik daripada UK, anda tidak boleh memberitahu mereka untuk meninggalkan UK dan kembali ke Pakistan. Anda akan ditangkap kerana itu. Apa yang mereka perlu lakukan di UK hanyalah untuk mengatakan kenyataan itu bersifat perkauman dan anda akan ditimpa masalah. Malaysia membenarkan penghinaan ke atas kaum dan pilihan raya umum ditanding atas dasar kaum dan agama. Itulah sebabnya DAP memenangi banyak kerusi - kerana penghinaan ke atas kaum dibenarkan di Malaysia - sementara di UK parti-parti seperti DAP akan dianggap sebagai parti paria bersifat perkauman.

Pakatan Harapan berkata Malaysia akan muflis dan rakyat Malaysia akan mempercayainya. Di UK anda perlu membuktikan kenyataan itu atau tidak ada yang akan mempercayainya. Oleh itu, jika anda selalu berbohong dan memfitnah, maka Malaysia adalah tempat yang jauh lebih baik. Anda boleh memutar cerita dan rakyat Malaysia akan mempercayai semuanya sementara di UK, itu akan menjadi sangat sukar. Oleh itu, bagi parti-parti seperti Pakatan Harapan, Malaysia - yang mempunyai bilangan orang yang bodoh, naif dan mudah tertipu yang tinggi - pastinya jauh lebih baik daripada UK. Susah nak tipu Mat Salleh tapi senang tipu rakyat Malaysia.

Di UK, hanya 760,000 orang yang pergi ke gereja pada hari Ahad. Itu lebih kurang 10% daripada jumlah penduduk. Satu pertiga dari rakyat British tidak percaya kepada Tuhan sementara ramai orang percaya kepada hantu daripada kepada Tuhan. Terdapat lebih ramai orang yang tidak mempunyai agama berbanding mereka yang ada (begitu ramai yang percaya kepada Tuhan tetapi tidak mempunyai agama). Seorang Cina Kristian dari Malaysia mengatakan bahawa UK adalah masyarakat yang tidak bertuhan. Oleh itu jika anda masih percaya dengan karut seperti Bible, Jesus, dan sebagainya, maka Malaysia adalah tempat yang jauh lebih baik daripada UK. Di UK, anda yang kerap ke gereja akan dilihat sebagai orang yang mati otak.

Jadi Malaysia bukanlah tempat yang teruk. Ketika Zaid meminta golongan muda Melayu meninggalkan negara dan berhijrah, beliau memikirkan seolah-olah bahawa orang Melayu tidak dapat menjalani kehidupan tanpa Islam. Beliau merasa bahawa di Malaysia, Islam adalah terlalu ketat dan mengganggu kehidupan peribadi anda. Tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka mabuk atau mengadakan parti seks, maka Malaysia adalah negara yang cukup baik untuk anda. Dan ekonomi Malaysia tidaklah begitu teruk walaupun ada orang yang mengatakan kehidupan di Malaysia sangat sukar. Pada tahun 2015, 11,034 Mercedes Benz telah dijual manakala pada tahun 2016 ia meningkat kepada 12,017. Jualan BMW juga meningkat daripada 7,515 kepada 9,000 dalam tempoh yang sama. Volvo menyaksikan peningkatan jualan dari 601 hingga 934. Jualan Porsche turun, dari 567 kepada hanya 430 manakala Honda adalah penjual nombor dua di Malaysia.

Untuk negara yang bakal bankrap dan di mana orang ramai merasakan sukar untuk hidup, jualan kereta tidak memberikan gambaran sebegitu. Dan lihatlah penjualan iPhone. Anda akan kagum dengan berapa ramai rakyat 'miskin' Malaysia yang membeli iPhone dan Samsung. Tetapi jika Pakatan Harapan akan memenangi pilihan raya umum yang akan datang mengapa Zaid mahu golongan muda Melayu meninggalkan negara ini? Adakah Zaid mengisyaratkan bahawa Pakatan akan mengekalkan sistem yang sama? Adakah Pakatan tidak akan memastikan bahawa Malaysia menjadi Negara Sekular dan bahawa orang Islam lebih bebas melakukan apa yang mereka mahu di negara Pakatan berbanding di negara Barisan?

Seruan Zaid untuk golongan muda Melayu berhijrah ke negara yang lebih baik tidak menghantar mesej yang betul kepada pengundi. Zaid nampaknya memberitahu rakyat Malaysia bahawa tidak kisahlah siapa yang memerintah kerana negara ini tidak akan berubah. Ia masih akan menjadi negara yang sama walaupun pemerintah yang berbeza. Hmm...itu bukanlah satu pengesahan yang baik mengenai Pakatan Harapan, bukan?




Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/why-does-zaid-want-young-malays-to-migrate/

Asyraf Wajdi Sedih Ada Pemimpin Islam Sokong Pesta Arak




Pesta arak merupakan masalah sejagat dan di peringkat antarabangsa, pesta seumpama berkenaan pernah diharamkan oleh kerajaan United Kingdom akibat keganasan yang berlaku pada penganjuran tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berlainan pula di Malaysia apabila ada kalangan pemimpin Melayu pembangkang yang sanggup membantah pendirian kerajaan tidak meluluskan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ demi menjaga kemaslahan rakyat secara umum.

“Lebih menyedihkan kerana terlalu mabukkan kuasa politik, ada pemimpin-pemimpin Melayu Islam turut sama bersekongkol mempertahankan dakwaan pemimpin-pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh membantah pendirian kerajaan,” ujarnya, lapor MD.

Menulis di laman sosial Facebook peribadinya, Dr Asyraf turut memuatnaik artikel media antarabangsa melaporkan kerajaan Scotland telah mengharamkan pesta arak Octoberfest lantaran ramai yang mabuk dan mencetuskan keganasan.

Menurut laporan tersebut, pesta berkenaan dianjurkan di kota Glasgow yang merupakan ibu kota Scotland. Terletak di tengah-tengah bandar, ianya tidak sesuai dijadikan lokasi ekoran ramai hadirin mabuk dan mula mengancam orang awam.

Pesta seumpama tersebut cuba dianjurkan di ibu kota Kuala Lumpur dan mendapat pelbagai tentangan orang awam, ianya kemudiannya dibatalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapat sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas faktor keselamatan.

Ujar Dr Asyraf, keputusan kerajaan UK dan Scotland membatalkan acara berkenaan tidak mendapat bantahan oleh rakyat negara berkenaan apatah lagi melontarkan kata-kata sumbang mendakwa kerajaan mereka menggadai hak asasi dan tidak menghormati hak kepelbagaian agama.

“Ironinya, bila Kerajaan Malaysia bertegas tidak membenarkan penganjuran di sini atas alasan kemudaratan dan ancaman keselamatan, kerajaan dituduh terlalu Islamik, tidak hormati hak asasi dan hak kepelbagaian agama sedangkan semua agama mengharamkan kemudaratan bahkan minuman yang memabukkan seperti arak,” kata Dr Asyraf.

DBKL baru-baru ini telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta tersebut atas sebab keselamatan, selain ia juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini walaupun tidak secara jelas menyatakan samada beliau menyokong atau tidak penganjuran pesta arak itu di dalam kenyataannya berkata dasar kerajaan negeri itu adalah menjamin dan memelihara hak kaum dan agama lain.




Tak Perlu Mencarut Untuk Kepentingan Politik





Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan BN.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.

“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi Pas dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.

Bagaimanapun, kata Salleh andaian itu salah dan strategi politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.

“Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang beradab, politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat,” katanya.

- Bernama

Tuesday, 26 September 2017

Mahu Kayakan Ekonomi : Azmin Ali Tiru Najib Razak





Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China beberapa bulan yang lalu, gegak gempita arena politik negara apabila para pemimpin Pakatan Harapan mendakwa, beliau cuba menjual Malaysia kepada China menerusi beberapa penglibatan pelabur dari China ke dalam projek-projek mega di Malaysia.

Malah, ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan kunjungan hormat ke Malaysia, pihak pembangkang sekali lagi mendakwa, beliau cuba memperdagangkan hak-hak Malaysia kepada India pula. Tidak terlepas dari tuduhan-tuduhan dangkal ini apabila beliau menerima jemputan daripada Presiden Amerika, Donald Trump ke White House, beberapa minggu yang lalu.



Apa yang boleh difahami adalah, mereka cuba untuk memperdayakan tumpuan rakyat Malaysia terhadap siri kejayaan Datuk Seri Mohd Najib dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik pelaburan dengan beberapa buah negara yang diketahui dunia sebagai negara yang menguasai ekonomi Asia dan dunia.

Kini, jejak langkah yang dirintis oleh Datuk Seri Mohd Najib cuba diikuti oleh pembangkang. Terbaru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilihat cuba mengikut langkah yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan mencari pelaburan untuk negeri Selangor.

Baru-baru ini, dia dilaporkan telah terbang ke China bersama-sama beberapa Exco kerajaan negeri dengan alsan mencari pelaburan dari China. Terbaru, dia dilaporkan telah ke India juga dengan alasan yang sama. Timbul persoalan, melihat kepada perjalanan Azmin ini, tidakkah para penyokong Pakatan Harapan mahu menuduh Azmin cuba menjual Selangor kepada China dan India?

Pada ketika Datuk Seri Mohd Najib berusaha membangunkan ekonomi negara, puak-puak ini begitu hebat menuduh beliau mahu menjual negara. Hari ini, jejak yang dirintis oleh Datuk Seri Mohd Najib sedang diikuti oleh Azmin dan jika mengikut pemahaman logik para penyokong pembangkang, ia adalah usaha Azmin menggadaikan Selangor seperti mana tuduhan mereka kepada Datuk Seri Mohd Najib.



Sudahlah enggan memperakui Ikrar Bebas Rasuah, hari ini dia cuba meniru jejak yang dirintis oleh Perdana Menteri demi untuk Selangor kononnya. Kenapa baru hari ini baru menyedari pentingnya pelaburan luar untuk kemajuan Selangor? Bukankah sejak 2014, dia boleh sahaja mencari peluang pelaburan khas untuk negeri Selangor?

Nampaknya, Azmin memang tidak tahu untuk mentadbir dan menarik pelabur ke Selangor. Dia boleh melemparkan pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Mohd Najib apabila beliau bertemu dengan para pemimpin asing. Tidak mustahil pada masa akan datang, dia akan mengunjungi Amerika pula dengan alasan mencari pelabur baru di Selangor.

Monday, 25 September 2017

Jom Buat Report/Aduan Di Atas Salah Laku Rafizi Melanggar Akta SSM





Name:
NRIC/Passport:
Address:
Telephone No.:

COMPLAINT PARTICULARS

Complaint details:

INVOKE Solutions Sdn Bhd
1189364-U
35-1, The Trillium,
Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur

Syarikat ini mengutip derma daripada orang ramai secara terbuka. Boleh rujuk di pautan ini: http://rafiziramli.com/2017/09/invoke-perincian-sumber-kewangan-pecahan-gaji-sewa-sumbangan-dari-simpanan-dan-soalan-soalan-berbangkit/

Action expected from SSM:

Tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap syarikat ini yang menyalahi akta termasuk akta ssm

1. Seksyen 25(1) Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989:
– Melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit. Jika sabit kesalahan, pemilik-pemilik syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10Juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

2. Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 :

– Syarikat itu juga perlu disiasat dibawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram. Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 Juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

3. Seksyen 366 (3) Akta Syarikat 1965

– Melarang sesiapa yang merupakan pegawai atau agent syarikat yang memperolehi apa-apa wangsama ada untuk syarikat, diri sendiri atas orang lain secara menipu atau berjanji palsu dengan niat untuk memperdaya. Jika sabit kesalahan, ianya boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM 250,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Attachment: (2 fil pdf)

Email ADUAN ke: aduan@ssm.com.my

Atau submit aduan di: https://www.ssm.com.my/en/complaint-AR



Thursday, 21 September 2017

Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Penganjur Pesta Gay




Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan keras ke atas penganjur pesta tarian gay besar-besaran 'White Party Bangkok' yang akan dikatakan akan diadakan di Kuala Lumpur, hujung bulan ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, aktiviti seperti ini perlu dihentikan dan diharamkan daripada diadakan di ibu negara kerana ia bakal membawa  lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata pihak penganjur program berkenaan tidak menghormati suasana dan persekitaran negara ini yang mementingkan keharmonian dan tatasusila yang baik bukannya melibatkan diri dengan pesta-pesta sebegini.

"Islam adalah Agama bagi Persekutuan Malaysia dan lain-lain agama boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini menunjukkan penduduk di negara ini majoritinya adalah Islam.

"Kewujudan gerakan politik yang agak ekstrem sejak akhir-akhir ini membawa bersama tabiat buruk merosakkan akhlak seperti seks golongan sejenis dan perlakuan seks bebas sehingga mereka sudah berani mengadakannya di dalam negara secara terbuka," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau kesal pihak berkenaan yang mempunyai agenda menjadikan negara huru-hara turut menyokong pelakuan songsang dan tidak sihat seperti ini termasuk melindungi mereka yang mengamalkan gaya hidup sedemikian.

Musa berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas penganjuran program ini yang jika tidak dibendung ia dibimbangi akan menyebabkan perkara-perkara buruk lain dan mungkin berlakunya jenayah.

"Jika aspek keselamatan ketika pesta gay itu tidak dikawal dan sesuatu berlaku, ada potensi berlaku kekecohan dan jenayah lain juga akan berlaku seperti pergaduhan.

"Perbuatan menagih dadah dan mengedar dadah juga mungkin akan berlaku dengan berleluasa pada program itu nanti," kata Musa.

Difahamkan bahawa pesta ini dicetuskan oleh golongan veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc., juga satu syarikat penganjuran konsert dan festival terkemuka Thailand serta turut bekerjasama dengan Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Lihatlah, betapa beraninya golongan ini mengadakan acara terbuka seperti ini. Sasaran tetamu mereka ialah lelaki yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Mengikut maklumat, satu acara parti gay pernah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada sambutan tahun baru lalu.

Acara yang berlangsung selama tiga hari berturut itu juga dihadiri oleh ribuan orang yang meraikan festival tahun baru itu sekali gus menjadikan ia sebagai parti gay terbesar di Asia.

Tan Sri Musa Hassan
21 September 2017

Wednesday, 20 September 2017

Siapa Tak Sedih, Semua Duit Yang Saya Kumpul Habis Macam Ini





Usaha 200 pembeli projek mini banglo berharga RM60,000 seunit mahu menuntut pembelaan kerana ditipu oleh pihak pemaju ternyata menemui jalan buntu apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diharapkan untuk membantu mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Mereka yang berkumpul di pejabat PPIM hari ini hanya dapat bertemu dengan Datuk Norul Iman Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Datuk Boy Iman, iaitu wakil DBI Properties yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada Juta Kelulut ketika melancarkan promosi projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.

Menjawab satu persatu soalan para pembeli, Boy Iman menjelaskan, beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman.

Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan Siti Nurbaiyah Yahya yang lebih dikenali sebagai Anggun dan suasana menjadi kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut penjelasan lanjut.

Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.

Salah seorang mangsa, Ku Shahrom Ku Ahmad, 65, sanggup datang dari Langkawi semata-mata mahu mendapatkan wangnya kembali.

Beliau mendakwa telah mengeluarkan wang simpanannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan berjumlah RM50,000 untuk membina rumah di Langkawi.

“Mak cik dapat tahu dia buat promosi masa di Langkawi. Anak mak cik ajak sebab harganya murah. Dia cakap masa tu bayar RM50,000 saja sebab ada promosi untuk bina rumah tiga bilik.

“Mak cik ingat nak buat rumah untuk anak mak cik. Tapi tak sangka jadi macam ni. Siapa tak sedih, dengan duit yang kita kumpul jadi macam ni,” katanya sebak.

Seorang lagi mangsa, Nurzafirah Alimuddin, 29, memberitahu, dia membayar RM60,000 menggunakan wang simpanan dan menjual rumah milik ibunya.

Bagaimanapun dia mula rasa tertipu apabila rumah yang sepatutnya dibina tiga bulan selepas pembayaran masih tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, Nurzafirah menjelaskan dia sudah mendapat RM30,000 dari Norul Iman awal tahun lalu setelah enam bulan membayarnya.

“Ikutkan saya masih tak puas hati dengan apa terjadi hari ni, tapi apa boleh buat,” ujar Nurzafirah.

Aktivis PPIM, Yusuf Azmi memberitahu, pihaknya telah mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes tersebut kerana aduan telah dilakukan.

Namun sehingga kini, PDRM masih belum memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat.

Projek mini banglo yang menggunakan sistem pembinaan industri (IBS) mendapat sambutan sambutan hangat kerana harga yang ditawarkan menarik dan mampu bayar.

Namun orang ramai yang membeli rumah berkenaan mula berasa tertipu kerana sehingga lebih setahun tiada sebarang pembinaan dijalankan.-Malaysia Gazette

Rohingya: Myanmar Tak Takut Pengawasan Dunia





Aung San Suu Kyi berkata, kerajaannya tidak gentar dengan pengawasan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan cara Myanmar mengendalikan krisis Rohingya.

Kenyataan itu diberikan dalam ucapan pertama pemimpin Myanmar itu berhubung keganasan di Rakhine yang menyaksikan lebih 400,000 orang Islam melarikan diri ke Bangladesh.

Ia adalah ucapan pertamanya mengenai keganasan di negeri Rakhine utara yang telah menyaksikan lebih daripada 400,000 umat Islam Rohingya menyeberang ke Bangladesh.

Suu Kyi menghadapi kritikan hebat oleh masyarakat dunia berikutan krisis Rohingya yang disifatkan sebagai pembersihan etnik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mengulas keadaan di Rohingya, Suu Kyi berkata, kebanyakan penduduk Islam tidak melarikan diri dari negeri itu dan keganasan telah berhenti.

Dalam ucapannya kepada Parlimen Myanmar, Suu Kyi turut merasakan penderitaan semua orang yang terlibat dalam konflik itu dan Myanmar komited untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan, untuk semua komuniti di negeri itu.

Rakhine telah mengalami kekacauan dan keganasan sejak bertahun-tahun tetapi krisis semasa bermula pada bulan lalu apabila pemberontak Rohingya didakwa menyerang pondok polis hingga mengakibatkan seramai 12 kematian.

Tentera Arakan Rohingya Salvation (Arsa) dipersalahkan dalam serangan itu.

Sebagai tindak balas, tentera Rohingya didakwa melakukan keganasan termasuk membakar penempatan mereka dan merobohkna diaman mereka.

Komuniti Rohingya telah dinafikan kewarganegaraan dan peluang yang sama oleh kerajaan Myanmar.

Minoriti penduduk itu didakwa sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Dalam ucapannya, Suu Kyi tidak menangani pertuduhan terhadap tentera sebaliknya hanya menyatakan tidak ada pertempuran tentera dan operasi pembersihan etnik sejak 5 September lalu.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk Islam memutuskan untuk tinggal di Rakhine dan ia menunjukkan keadaan mungkin tidak begitu teruk.

Suu Kyi tidak mahu mahu bercakap dengan kedua-dua penduduk Islam yang melarikan diri dan mereka yang tinggal di situ untuk mengetahui apa yang menjadi punca krisis.

Malah, beliau memberitahu, kerajaan telah berusaha beberapa tahun kebelakangan untuk memperbaiki keadaan hidup bagi penduduk Islam di Rakhine dengan menyediakan penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur. –MG

Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira




PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mempunyai banyak waktu untuk bertemu teman wanitanya, Elfira Loy.


Sufian, 25, memaklumkan dia terlalu sibuk sehingga mereka berdua tidak dapat meluangkan masa bersama seperti pasangan kekasih lain.


"Sejujurnya, sekarang ini saya agak sibuk dengan persembahan pentas serta ada mencipta lagu untuk penyanyi lain dan Elfira pula sudah memulakan penggambaran drama terbaru.


"Jadi, kami jarang berjumpa dan fokus dengan kerja masing-masing, buat masa ini kurangkan 'dating' dahulu.


"Walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, kami selalu berhubung melalui panggilan telefon," katanya kepada mStar Online.


Sementara itu, penyanyi lagu Terakhir ini tidak membuat persiapan keterlaluan untuk majlis pertunangan mereka yang bakal diadakan pada 6 Oktober depan.


Jelasnya, dia dan Elfira merancang menganjurkan sebuah majlis ringkas yang hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat.


"Persiapan ala kadar sahaja kerana ia hanyalah majlis pertunangan dan tak perlu nak terlalu mewah.


"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dalam hal ini banyak perkara famili uruskan," katanya.


Dalam perkembangan lain, Sufian berkata dia baharu sahaja tampil dengan single berjudul Terasa Ada yang dicipta bersama komposer, Sirkhan.


Lagu tersebut merupakan single ketiga dan sudah dilancarkan di semua platform digital.

Monday, 18 September 2017

Memilih Parti, Apakah Keutamaan Anda?




Oleh: AZMAN HUSSIN

PILIHAN rakyat Malaysia sebenarnya mudah jika mereka melihat kepada perkara-perkara yang asas untuk memilih parti manakah yang lebih baik dan layak memerintah negara.

Perkara ini jelas jika anda tidak dikaburi dengan isu-isu yang belum tentu sahih dan sulit untuk disahihkan kerana terbatasnya atau kurangnya pengetahuan anda untuk memahaminya. Misalnya 1MDB dan isu-isu rumit lain yang berlegar dalam masyarakat.

Ia akan lebih mudah membuat pilihan jika anda tidak emosional dan bersikap rasional, tahu baik dan buruk, manfaat dan mudarat antara dua pilihan. Tanpa dibayangi persepsi dan prasangka sebelum membuat keputusan, pilihan anda mungkin tidak menjerumuskan anda ke dalam keadaan yang lebih buruk.

Kebanyakan yang bermain dalam minda masyarakat adalah persepsi atau mitos ciptaan ahli-ahli politik. Ramai orang bertindak mengikut sentimen ini sehingga mereka terperdaya dalam membuat pilihan. Ramai yang tidak tahu membezakan antara perkara pokok dan cabang. Kebencian yang dibawa oleh ahli-ahli politik mudah mendapat tempat dalam minda masyarakat berbanding perkara yang baik. Kebencian membuat manusia akan hilang akal rasional dalam membuat keputusan.

Apa yang patut menjadi perhitungan utama mereka telah dikelirukan dengan isu-isu sampingan yang belum tentu kebenarannya, apatah lagi jika ia disampaikan dengan nada menghasut dan berbaur emosi. Isu-isu ini pula di luar ilmu atau kemampuan anda untuk mencari kebenarannya.

Marilah kita berfikir sejenak.

Apakah keutamaan anda dalam membuat pilihan?

Semua orang mahukan parti atau pemerintah yang adil, amanah dan bertanggungjawab walaupun ia adalah suatu utopia dalam dunia hari ini. Dalam dunia hari ini, perkara seperti itu adalah tidak realistik. Lihatlah keadaan masyarakat, anda sendiri boleh membayangkan bagaimana pemerintahnya.

Adil, amanah, bertanggungjawab dan seumpamanya itu berkaitan urusan duniawi. Apakah keutamaan anda sebagai seorang melayu dan Islam jika perkara itu tidak didapatkan daripada pemerintah?

Sudah tentulah keutamaan anda adalah hak untuk menjalankan kewajiban sebagai seorang Islam tidak dihalang.

Apakah ia boleh didapatkan daripada pemerintah sedia ada hari ini?

Walaupun suasana Islam sebenar tidak wujud dan hukum-hukum Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya, kita tidak dapat menafikan yang orang-orang Islam masih dapat menjalankan kewajibannya. Hal-hal yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam terus ditolak dan ditentang oleh pemerintah. Misalnya dalam isu LGBT atau pluralisme. Liberalisme dan sekularisme juga ditentang. Kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh membawa kepada pluralisme yang menganggap semua agama adalah sama.

Sistem beraja masih diperkukuhkan di bawah pemerintahan hari ini.

Anda boleh menuduh kerajaan hari  ini zalim, korup, rasuah, menyalahgunakan kuasa, mencuri wang rakyat dan sebagainya, tetapi anda seharusnya mengakui kerajaan hari ini masih menentang semua anasir buruk ini dalam masyarakat. Sejahat-jahat mereka, sebagaimana tuduhan anda, mereka tetap mempertahankan negara daripada pemikiran-pemikiran songsang ini secara terbuka dan tegas.

Sebaliknya, di pihak pakatan pembangkang, perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam ini diraikan, malah diterima. Sama ada ia sekadar untuk meraih undi orang-orang bukan Islam, perkara ini termasuk dalam agenda pembangkang, terutamanya DAP.

Bahkan jika ada pemimpin kerajaan bersuara tegas menentang perkara ini, anda akan melihat pemimpin-pemimpin pembangkang akan membela pemikiran-pemikiran sesat ini dengan menggunakan segala putar-belit mereka.

Malah, hak-hak keistimewaan anda sebagai bumiputera akan disamaratakan dengan bangsa-bangsa lain. Hal ini jelas dalam perlembagaan parti DAP yang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Anda mendakwa sekarang ini kerajaan menindas rakyat, tetapi apakah yang anda dapat harapkan lagi jika hak-hak keistimewaan anda akan dihapuskan? Tentulah keadaan akan menjadi lebih teruk.

Seburuk-buruk pemerintah yang beragama islam, ia lebih baik daripada diperintah oleh pakatan parti yang didominasi oleh orang bukan Islam.

Tetapi, dalam suasana hari ini, pertimbangan ini telah dicampakkan kerana marahnya anda kepada pemerintah Islam yang memerintah kerana pelbagai dakwaan yang dilemparkan pembangkang.

Lebih malang, dakwaan-dakwaan ini pula tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Kita lihat pula pembangkang. Apakah perjuangan mereka? Siapakah di belakang mereka? Siapakah ketua mereka yang akan menjadi Perdana Menteri?

Sepatutnya anda takut memikirkan keadaan pembangkang yang tidak mempunyai ketua yang jelas. Secara logik akal, anda sepatutnya musykil dengan niat mereka. Apa sebab mereka boleh berpakat, sedangkan ideologi mereka berbeza? Anda sepatutnya sampai kepada kesimpulan bahawa mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan kerajaan. Seandainya kerajaan ditumbangkan, ketika itulah belang sebenar mereka akan terdedah.

Banyak contoh yang boleh diberikan untuk mempersoal kelayakan pembangkang untuk menjadi pemerintah. Setidak-tidaknya anda perlu tahu siapakah Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang memerintah negara ini.

Mengundi, tetapi tidak mengetahui siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri adalah suatu tindakan yang bodoh.

Ringkasnya, seburuk-buruk pemerintah hari ini mereka masih menunjukkan diri mereka masih Islam dan mempertahankan Islam. Sebaliknya pembangkang telah terang-terangan melacurkan agama dan bangsa kepada orang-orang bukan Islam semata-mata untuk meraih sokongan mereka.

Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana sebuah negara yang mendapat sokongan orang-orang bukan Islam ini akan ditadbir. Sudah tentulah ia akan mengambil kira kepentingan orang-orang bukan Islam yang menyokong penuh mereka, yang secara tidak langsung akan mengabaikan kepentingan orang-orang Islam. Ini adalah perkara yang sangat mudah difahami. Anda berikan sesuatu, tentulah anda harapkan sesuatu.

Dalam contoh yang mudah, anda sepatutnya faham kenapa majoriti orang-orang bukan Islam menyokong sesebuah pakatan parti itu. Ia tentulah kerana pakatan parti itu memberi kelebihan dan keuntungan kepada mereka. Tidak mungkin mereka menyokong sesebuah pakatan parti itu jika ia tidak mengubah keadaan mereka menjadi lebih baik.

Secara logik akal, apabila kepentingan orang-orang bukan Islam dilebihkan di situ, bermakna kepentingan anda sebagai orang-orang Islam akan berkurangan.

Sepatutnya, perkara ini adalah mudah. Tetapi ia dikelirukan dengan pelbagai pelbagai sampingan yang membuat anda hilang tumpuan kepada persoalan pokok yang perlu menjadi keutamaan anda dalam membuat pilihan.

Apa yang terjadi hari ini, anda disibukkan dengan pelbagai perkara ranting yang tidak anda ketahui hujung-pangkalnya. Anda dikelabui dengan gossip kehilangan wang, rasuah di sana sini dan penyelewengan yang kononnya dilakukan kerajaan, tetapi dalam masa yang sama anda tidak menyedari agenda sebenar pakatan pembangkang yang membawa fahaman-fahaman sesat dalam mengubah pemikiran masyarakat, seterusnya menjadikan negara ini sebuah negara sekular berkiblatkan pluralisme dan liberalisme.

Anda sepatutnya tahu apa keutamaan anda tanpa siapa perlu mengajar anda.

Video Fathia Latiff Berkemban Separuh Bogel ?







OMG nampaknya kisah Fathia Latiff belum lagi berakhir. Kali ini satu lagi video yang menunjukkan wanita yang kelihatan mirip dengan pelakon Fathia tersebar di media sosial.


Terdahulu, Fathia menari seksi sehingga menampakkan sebahagian asetnya kepada umum.


Terkini, dia hanya bertuala muncul di siaran aplikasi Bigo milik rakannya secara tidak sengaja dan wajahnya kali ini kelihatan lebih jelas.


Aplikasi Bigo Live milik pelakon baru, Natasha Elyzza itu dilihat Fathia muncul bertuala sambil berseloroh berkata,



    “Itulah pasalnya. jangan main (Bigo Live) kalau aku ada.”



Namun, tidak lama kemudian, mungkin setelah didesak penonton aplikasi itu, Fathia kemudian bersuara



“Mengaku je lah.. Ha, Fathia”.



Jika sebelum ini Natasha menafikan bahawa wanita dalam video terbabit bukan Fathia, kini segalanya terbongkar apabila individu di dalam video itu sendiri mengaku dirinya adalah Fathia.


Dalam pada itu, Natasha yang kelihatan bengang dengan cacian dilempar netizen terhadap Fathia bertanya apa masalahnya sekiranya benar wanita itu adalah Fathia.


Malah dia turut bertanya jika netizen yang menyaksikan siaran aplikasi Bigo Live itu mempunyai masalah dengan artis.


Katanya dengan nada yang agak kasar, ” Apa masalah kalau Fathia.. Ada masalah ke korang dengan artis-artis Malaysia, apa masalah korang ha? Aku nak tanya ni, apa masalah korang?”


Sejak semalam, rakaman video Bigo itu tersebar di media sosial menyebabkan Fathia menerima kecaman hebat di Instagram miliknya.


Namun, Fathia mengambil pendekatan untuk tidak memberi jawapan yang jelas mengenai penyebaran kedua video tersebut.


Video itu boleh ditonton di bawah: