Wednesday, 23 August 2017
Zakar Patah Ketika Lakukan Hubungan Suami Isteri
Di Medan, Indonesia, seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital apabila organ bahagian pentingnya patah.
Menurut laporan Eberita, pihak hospital dilaporkan cukup terkejut dengan keadaan mangsa, ada pembengkakan di pangkal kelamin, malah ‘anu’nya sudah berwarna ungu tua sampai ke hujung.
Melihat keadaan mangsa, pihak hospital terpaksa membuat satu pembedahan. Namun pihak hospital tidak dapat memastikan sama ada bahagian penting mangsa dapat berpungsi seperti biasa.
Lelaki yang tidak disebut namanya itu baru sahaja berkahwin dua bulan lalu dengan isteri berusia 23 tahun.
Menurut isteri mangsa, pada malam jumaat lalu mereka melakukan hubungan intim suami isteri, akan tetapi di akhirnya suami mengadu sakit di bahagian intim.
“Saya memang ada merasakan bunyi tapi tidak tahu pula sampai ke tahap seperti ini, suami juga enggan memeriksa ke klinik kerana malu. Ketika itu saya berada di posisi atas, sebab itu saya tahu ada yang patah” katanya.
Menurut isteri lagi, sehari selepas kejadian itu, bahagian sulit suaminya mulai membengkak dan suami mulai mengeluh rasa sakit, risau dengan keadaan tersebut isteri memaksa suami untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Bagaimanapun menurut doktor perkara ini berlaku akibat bahagian sulit dalam keadaan ereksi penuh menerima tekanan berlebihan.
Sumber: AliffChannel
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci