Thursday 10 August 2017

[VIDEO] Detik-Detik Cemas Abam Bomba Selamatkan Kucing Di Mall





Seekor kucing yang terperangkap pada palang tingkat empat bangunan pusat beli-belah Melati Mall di sini semalam menarik perhatian pengunjung.

Menerusi perkongsian seorang pengguna laman mikro Twitter, Dena Bahrin merakamkan aksi seorang pegawai bomba cuba menyelamatkan kucing tersebut dengan menggunakan tali dari atas siling ke tingkat empat.




Menurut Dena, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan pihak bomba sudah tiba di lokasi untuk misi menyelamat.

“Saya sedang menaiki escelator, tiba-tiba ada seorang pakcik menjerit kata ada kucing. Saya terkejut sebab tak sangka ada kucing duduk pada palang sebelah tingkap,” katanya kepada Astro Awani.

Tambahnya lagi, detik mendebarkan bermula apabila kucing itu mula panik dan melompat dari satu palang ke palang yang lain.

Pihak bomba cuba mendapatkan kucing berkenaan namun gagal dan akhirnya kucing tersebut tergelincir jatuh ke bawah.

Tindakan pantas pihak bomba menyediakan kusyen udara keselamatan (safety air cushion) di tingkat bawah berjaya menyelamatkan nyawa kucing berkenaan.

Pengguna laman sosial cemas menyaksikan kejadian yang berlaku dan memuji tindakan pantas pasukan bomba.

Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 24,000 retweet, 9,000 likes dan 300 komen kurang daripada 24 jam kejadian berlaku.

Menurut saksi lagi, kucing berkenaan meninggalkan lokasi setelah diselamatkan oleh pihak bomba.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci