Pelakon dan pengacara Qi Razali, 40, mengesahkan dia kini menjalin hubungan cinta dengan wanita berusia 21 tahun bernama Nia Atasha Rosli.
Dia mula mengenali wanita itu ketika menghadiri sebuah acara di Ipoh, Perak awal tahun ini. Mereka semakin rapat sejak enam bulan lalu.
"Saya tertarik untuk mengenali dia kerana sikapnya yang selamba dan berjiwa seni.
"Lagipun kami selalu bekerjasama kerana dia pandai melukis,” katanya .
"Ketika itu saya langsung tidak menegurnya meskipun dia menjadi sukarelawan dalam acara yang saya anjurkan.
"Selepas pulang ke Kuala Lumpur, saya mengikuti perkembangannya di Instagram dan Instagram peribadinya dan mula berkenalan.
"Bukan mudah untuk mengajaknya keluar makan. Selepas beberapa kali mencuba, barulah dia sudi keluar makan bersama saya di sebuah restoran popular di Ampang,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Qi yang pernah bercinta dengan pelakon Nelydia Senrose bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terbuka menceritakan hubungannya dengan buah hati baru.
Dalam pada itu, Qi berkata dia sekarang lebih selesa bersikap ‘low profile’ dan tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai perihal peribadinya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci