Wednesday, 23 August 2017

'Kalau Khairy Jamaluddin Menang, Aku Bogel!'






Seorang gadis menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya mahu bogel di Twitter tular di media sosial, memetik mStar.

“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat gadis berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.

Nurul Adilla Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya.

Lebih dikenali sebagai Lala, pengamal media itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci