Wednesday, 23 August 2017

‘Hadiah Untuk Semua’ – 14 Tahun Menanti, Khairul Hafiz Menang Emas 100 Meter Sukan Sea






Semalam, Khairul Hafiz Jantan yang digelar ‘Speedy Jantan’ telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter(L). Beliau berjaya membuktikan dirinya manusia terpantas di Asia Tenggara selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Eric Cray dari Filipina.

Kemenangan ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata puji dan bangga dengan pencapaian Khairul Hafiz. Memang terbaik!


Larian Kemenangan



Khairul Hafiz berjaya melepasi garisan penamat dengan masa 10.38s sekaligus mengalahkan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mencatat masa 10.43s. Manakala, Kritsada Namsuwun dari Thailand juga mencatat masa 10.43s untuk gangsa. Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Jonathan Nyepa dari Sarawak menduduki tangga kelima pada 10.66s.

Pelari pecut itu juga telah memegang rekod individu terbaik pada Sukan Sea semalam apabila berjaya memecah rekod acara 200m lelaki kebangsaan.


Terima kasih rakyat Malaysia


TERIMA kasih kepada semua rakyat Malaysia, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim). Saya gembira sangat, tak tahu nak cakap apa dan ini hadiah untuk ayah, keluarga dan semua rakyat Malaysia


Saya rasa gementar namun bersyukur mampu dapatkan pingat emas. Alhamdulillah janji saya kepada jurulatih dan semua penyokong untuk mendapatkan pingat emas, terhasil. Kejayaan ini amat istimewa kerana ini penyertaan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya mendapat pingat emas.

Khairul Hafiz berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun apabila berjaya menjuarai acara riben biru. Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dalam acara 200m dan 4×100 bersama rakan pasukan selepas ini.


Reaksi rakyat Malaysia







Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci