Thursday, 10 August 2017
“2 Tahun Rogol Anak Sendiri, 3 Kali Sehari”
Seorang lelaki berdepan 631 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap anak kandungnya sendiri.
Menurut laporan Malaysia Kini, mangsa berusia 15 tahun, didakwa diperlakukan begitu tiga kali sehari, hampir setiap hari dalam tempoh dua tahun lalu.
Timbalan pendakwa raya Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin berkata perbuatan itu dilakukan secara rutin.
“Kenyataan (remaja itu) berdasarkan ingatan. Ia sudah jadi kebiasaan tanpa gagal,” kata Nordalina.
Dia didakwa dengan 30 tuduhan melakukan kekerasan seksual terhadap anak perempuannya antara 11 Julai hingga 20 Julai tahun ini. Serangan dilakukan di bilik tidur sebuah apartmen, sekitar jam 6 pagi, 1 petang dan 11 malam sepanjang hari, kecuali 18 Julai.
Lelaki yang telah bercerai dengan isterinya sejak 2 tahun lalu didakwa merogol anak perempuan sulungnya sejak mula tinggal bersama.
Mangsa memutuskan untuk memberitahu ibunya tentang perbuatan jijik bapanya selepas lelaki itu memberitahu untuk mengambil adik perempuannya tinggal bersama mereka.
Tertuduh didakwa dengan 631 pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak, Akta Kanak-Kanak dan Kanun Keseksaan.
Sumber: Malaysia Kini
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci