Monday, 3 July 2017

Suami 'Gadis Shell' Naik Berang





Suami model wanita yang menjadi poster popular Shell di media sosial kurang selesa melihat imej isterinya itu “dicabul.”

Namun Nor Shafila Khairusalleh, 25, bersyukur kerana suaminya memahami situasi sebenar yang harus ditempuhinya, lapor mStar Online hari ini.

Beliau tidak kisah sangat dengan aksi “nakal” pelanggan-pelanggan lelaki, termasuk cium dan peluk tetapi bimbang dengan aksi keterlaluan.

“Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster.

“...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya kepada portal itu.







Namun Nor Shafila, atau dikenali Ila sahaja, yang bertugas sebagai penyelia di sebuah stesen Shell di Perak, tidak bercadang menyaman “pencabul” poster itu.

“Tapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu,” katanya.

Nor Shafila dikenali selepas papan posternya memegang air mineral. Poster terbarunya mempromosi bahan api Shell mendapat perhatian di stesen minyak.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci