728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 4 July 2017

    Ramai Wanita Laos Suka Hamil Air Mani Suami Orang




    Puluhan klinik kesuburan mula wujud di Laos selepas wujud skandal perdagangan ibu tumpang di beberapa negara Asia Tenggara lain bertegas mengharamkan prosedur itu sejak 2015.

    Klinik sedemikian dengan nama seperti ‘Ajaib’ dan ‘Sempurna’ jelas terpampang untuk membuatkannya jelas kelihatan dari jalan dan lebuh raya di ibu kota Laos, Vientiane, yang terletak berdekatan sempadan Thailand.

    Pelbagai badan hak asasi menyatakan Laos, antara negara paling miskin di Asia, adalah ‘pusat’ bagi jenayah rentas sempadan dan juga transit barangan haram daripada dadah dan hidupan liar sehingga kepada air mani manusia.





    Pada April lalu, polis Thailand menangkap seorang lelaki yang sedang cuba menyeludup enam bebuli sperma manusia ke Laos dalam tangka cecair nitrogen. Polis mendakwa, ia sepatutnya dihantar ke sebuah klinik kesuburan.

    Hakikatnya, Laos semakin menjadi destinasi antarabangsa bagi pasangan yang sudah lama belum dapat anak, kata beberapa pegawai kumpulan penasihat ibu tumpang yang dirahsiakan kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

    Ia malah semakin popular walaupun belum ada anggaran rasmi berapa banyak klinik pemanian berhadas atau IVF dan agensi ibu tumpang tempatan yang semakin berkembang pesat aktif mencari wanita di negara tanpa laut itu.

    Prosedur ibu tumpang secara berbayar tidak dibenarkan di kebanyakan negara Asia, malahan jirannya, Thailand mengharamkan perbuatan itu pada 2015 setelah terdapat beberapa kes berprofil tinggi pemerdagangan sperma.

    Sebuah lagi tetangga Laos, Kemboja mengikut jejak yang sama setahun kemudian. Ini menyebabkan ramai pasangan beralih kepada Laos apabila ramai wanita sanggup menjadi ibu tumpang mengandungkan air mani suami orang.

    Dalam ajaran Islam, hukum wanita yang jadi ibu tumpang adalah jelas haram dan dianggap perzinaan kerana membenarkan sperma bukan pasangan sah nikahnya disenyawakan dalam rahim.

    Sumber: Mynewshub.cc

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ramai Wanita Laos Suka Hamil Air Mani Suami Orang Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top