PM telah umumkan 6 insentif bernilai RM1.588 billion buat peneroka Felda.
Hujan rahmat membasahi Putrajaya tengahari semalam, serentak dengan pengumuman 6 berita baik oleh YAB Perdana Menteri kepada warga Felda. Ini khabar baik buat 25,000 orang warga Felda yang berkampung sejak tiga hari lalu di Karnival Eksperesi Felda Negaraku.
Karnival selama tiga hari ini adalah sambutan Hari Peneroka FELDA kali ke-60. Ini merupakan sambutan Hari Peneroka yang paling terbesar dan paling terhebat dalam sejarah penganjurannya. Tambah menceriakan lagi, bila hari penutup itu adalah hari kelahiran ke-64, Dato' Seri Najib.
Setelah lebih 6 dekad berlalu, FELDA kini telah berjaya mengubah landskap luar bandar, dengan menempatkan seramai 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA.
Lebih 100 ribu buah keluarga berjaya keluar daripada garis kemiskinan, dengan keluasan pembangunan sebanyak 550,000 hektar di seluruh negara. Enam berita baik yang diumumkan Perdana Menteri adalah seperti berikut;
1) PM umum Pelupusan Hutang Tanam Semula berjumlah RM5,000 kepada setiap peneroka. Melibatkan peruntukkan RM519 juta.
2) PM umum Kelulusan Lebih Satu Unit Rumah Di Dalam Satu Tapak. Sehingga kini, telah terdapat 4,711 peneroka yang mempunyai dua rumah di dalam satu tapak. Sejumlah 70,506 tapak rumah dipercayai sesuai untuk dilaksanakan mengikut kaedah ini. Ini bagi mengatasi masalah rumah generasi baharu FELDA. Ini melibatkan kos sendiri oleh peneroka.
Sebelum itu, seramai 41,752 peneroka telah
mendapat manfaat daripada skim pinjaman ini berjumlah sebanyak 1.431 bilion ringgit sejak tahun 2005 lagi.
3) PM umumkan Dana Khas Pelupusan Lebihan Hutang Tanam Semula. Dana khas sebanyak RM300 juta akan diwujudkan bagi tempoh lima tahun bermula tahun
2017 hingga 2021 bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000.
Ini bermakna, jika hutang bagi kos operasi tanam semula adalah berjumlah RM60,000, sebanyak RM20,000 akan dilupuskan menggunakan peruntukan dana khas ini, menerusi penilaian berdasarkan permohonan yang dihantar dan diluluskan oleh jawatankuasa di peringkat FELDA.
4) PM umumkan Pelupusan Sebahagian Baki Pinjaman Saham FGV. Sehingga kini seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV, akan dilupuskan baki pinjaman dengan kadar ringgit ke ringgit.
Manakala bagi 1,626 peneroka yang telah membayar habis pinjaman pula, mereka akan
menerima ganjaran tunai sebanyak RM1,820 ringgit.
Ini melibatkan peruntukan keseluruhan
sebanyak RM128.10 juta. Bagi peneroka yang tidak pernah membuat sebarang bayaran
pinjaman saham FGV kepada FELDA, tidak akan menerima insentif ini.
5) PM umumkan Geran Khas Tanam Semula Peneroka yang diluluskan oleh MPOB kepada FELDA dengan kadar RM7,500 ringgit perhektar akan diwujudkan bagi program tanam semula FELDA bermula 2017 hingga 2020. Ini melibatkan keluasan 24,280.31 hektar dengan peruntukan RM166.60 juta untuk empat tahun tersebut.
6) PM umumkan Bayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh, dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta, di mana
pembayaran akan mula dibuat pada penghujung bulan Ogos 2017 ini.
Ada segelintir pihak yang berasa tak senang hati dengan Karnival Felda ini. Mazlan Aliman pernah pertikai dalam Facebooknya baru baru ini bahawa kerajaan BN tidak ada duit untuk beri durian runtuh pada peneroka Felda.
Semua 6 insentif ini melibatkan perbelanjaan sejumlah RM1.588 billion kepada semua peneroka Felda. Nikmatnya dirasai oleh semua peneroka Felda. Hanya hutang Mazlan Aliman berjumlah RM350,000 sahaja masih tidak dilupuskan. Mazlan kena bayarlah sendiri harga memfitnah itu kepada peneroka.
Tidak perlu kehadiran pembangkang di Felda untuk pulihkan Felda. Kerajaan BN sudah buktikan telah menjaga kebajikan 112,000 peneroka Felda dengan baik.
PM umumkan "durian runtuh" bernilai RM1.588 billion pada hari jadinya yang ke 64. Tidak ada hadiah yang lebih bernilai untuk membalas jasa baik PM ini melainkan memberikan sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada Dato Seri Najib untuk terus memimpin negara.
Terima kasih Dato Seri Najib. Selamat hari lahir PM.
Tulisan :
Beruang Biru
Isnin, BB509
24 Julai 2017
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci