Penjawat awam memiliki hutang RM880 juta, kata kongres kesatuan sekerja pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam Malaysia (Cuepacs).
Presidennya Datuk Azih Muda berkata mengikut satu kajian, 60,000 daripada mereka berdepan risiko muflis, lapor Harian Metro.
Beliau berkata keadaan itu berlaku kerana kenaikan gaji mereka dan harga barangan di negara ini tidak seiring.
Katanya kenaikan gaji cumak tiga peratus manakala harga barangan meningkat sembilan peratus dan harga rumah naik 30 peratus setahun.
“Selagi gaji penjawat awam kita tak mampu menangani kos sara hidup, bermakna gaji diterima masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan setanding seperti di negara maju.
“Jadi, sampai bila pun kita tidak akan mampu kejar kenaikan ini dengan gaji yang diterima,” katanya pada wawancara dengan akhbar itu.
Azih berkata dapur penjawat awam “tidak berasap” kerana gaji tidak cukup dan mereka terpaksa melakukan kerja sambilan termasuk memandu Uber atau GrabCar
“Tetapi timbul pula masalah apabila mereka buat kerja sampingan ini akan letih dan menjejaskan produktiviti kerja hakiki,” katanya.
Azih menyifatkan gaji mereka antara “relevan dan tidak relevan” dan mahu kerajaan membangunkan sistem baru, seiiring hasrat menjadi negara maju.
Beliau berkata realitinya, semakan gaji dibuat antara 20 hingga 13 tahun sekalipun kerajaan secara konsensus bersetuju menyemak gaji setiap lima tahun.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci