REDA Allah, maka berkatlah hidup kita. Untuk memperoleh keredaan-Nya, seseorang perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa. Seperti dinyatakan sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Riwayat Tabrani).
Jelas sekali darjat ibu bapa diangkat tinggi sehingga dijadikan ‘kunci’ untuk memperoleh keredaan Allah. Seteruk mana pun sikap orang tua kita, jangan sesekali derhaka kepada mereka. Hakikatnya, tiada perkara paling besar melainkan seorang anak terus menikmati doa daripada kedua-dua ibu bapanya.
IMAN ANIS AL-KHEIRID
Nilai, Negeri Sembilan
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci