Friday, 16 June 2017
Ini Kisah Sebenar Remaja Yang Dipukul Hingga 'Mati Otak' & Mendapat Reaksi Perdana Menteri
Remaja yang dipukul sekumpulan lelaki sehingga koma minggu lalu, T Nhaveen, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang petang Khamis.
Nhaveen, 18, yang diisyhtihar ‘mati otak’ dan hanya dibantu alat pernafasan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 petang.
Berita kematian remaja itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula, manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Keluarga Nhaveen setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu minggu lalu, Nhaveen dan rakannya, T Previin yang selesai menjamu selera di gerai burger, dipukul sekumpulan remaja lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya di Jalan Kaki Bukit, Gelugor.
Difahamkan, pergaduhan bermula selepas dua remaja lelaki bertindak mengusik Nhaveen, dan kemudian dipertahankan Previin.
Tidak berpuas hati, dua remaja berkenaan membuat panggilan telefon dan kemudian lebih ramai yang datang dengan menaiki motosikal. Mereka kemudian mula memukul Nhaveen dan Preevin dengan topi keledar.
Bagaimanapun Previin yang turut dipukul, berjaya melarikan diri dan memberitahu keluarga mangsa.
Nhaveen yang ditemui tidak sedarkan diri, dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan, Nhaveen mengalami kecederaan parah di kepala dan luka di bahagian kemaluan yang berdarah.
Doktor juga memaklumkan, terdapat bukti kesan tembus pada dubur Nhaveen dan juga kecederaan pada kemaluan dan kesan lecur di bahagian belakang badan.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci