Sukan Perpaduan Islam 2017 di Baku, Azerbaijan yang bermula 12 Mei ini menjadi cabaran berikutnya buat atlet karate negara dalam persiapan untuk menghadapi Sukan SEA, Ogos nanti.
Kejohanan Terbuka Malaysia 2017 yang melabuhkan tirai Sabtu lalu menyaksikan beberapa atlet senior negara tidak mengambil bahagian kerana mereka dijadikan sandaran negara untuk ke Baku dan salah seorang adalah kapten, R. Shamendran.
Shamendran berasakan ini antara peluang terbaik untuk menguji sejauh mana tahap mereka berada setakat ini.
“Ia akan menjadi satu kejohanan yang sukar untuk beraksi dengan antara atlet karate terbaik di dunia seperti Azerbaijan, Turki dan Mesir. Kejohanan ini memberikan kelebihan buat kami kerana bakal menghadapi saingan Sukan SEA,” katanya.
Sementara itu, jaguh wanita negara,Syakilla Salni Jefry Krishnan, tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi di Baku nanti kerana baru pulih daripada kecederaan siku yang mengakibatkannya tidak dapat beraksi selama empat bulan, antaranya terlepas Kejohanan Pembukaan Karate 1 Siri Premier 2017 di Paris.
Begitupun, dia yakin saingan di Baku menjadi medan pemanas badan terbaik untuknya menghadapi siri berikutnya di Sepanyol sebelum menjadi taruhan negara dalam Sukan SEA.
“Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di Baku. Saya akan cuba mengikut rentak kejohanan kerana mahu berada di kemuncak prestasi dalam Sukan SEA. Selepas itu, saya akan menyertai kejohanan di Sepanyol,” kata Syakilla.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci