‘Menurut T. Arnold, Hamka, S.M.H. Naynar dan lain-lain, pada kurun ke 7 dan ke 8 masihi, orang Melayu sudah mengenali Nabi Muhammad SAW dan orang Muslim.’[1]
Itu dapatan yang dimuatkan di dalam buku yang memuatkan kajian Professor Dr. Tatiana A. Denisova, seorang Professor dari Russia yang kini sedang berkhidmat di Centre of Advanced Studies On Islam Science and Civilisation (CASIS), Universiti Teknolologi Malaysia.
Dapatan tersebut dimuatkan di dalam buku berjudul Refleksi Historiografi Alam Melayu yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2011.
Pendedahan orang Melayu kepada orang-orang Islam sejak dari zaman Rasulullah SAW masih hidup, berlaku kerana orang-orang Melayu telah lama menguasai jalur perdagangan antara Nusantara dan Timur Tengah sejak 2000 hingga 1500 tahun SM.
Malah lebih lama dari itu, turut dimuatkan ialah dapatan yang menyatakan bahawa terdapat data-data linguistik yang menunjukkan bahawa hubungan antara Nusantara dan Timur Tengah sudah wujud sejak 5-4 ribu tahun SM.
Ilmuwan Russia, S. Kullanda menyatakan bahawa di Alam Melayu terdapat tempat yang ditemukan timah dan tembaga.
Tempat-tempat seperti itu tidak begitu banyak di dalam dunia. S. Kullanda menegaskan lagi, timah yang terdapat dan digunakan di Timur Tengah pada zaman dahulu untuk tujuan peleburan gangsa yang paling purba itu, aslinya didatangkan dari Asia Tenggara.
Sejak zaman Gangsa orang Melayu terkenal sebagai ahli pelayaran yang pandai di dalam ilmu bintang. Tidak syak juga bahawa penduduk Nusantara adalah antara yang terawal menguasai pelayaran dengan angin monsun.
Persoalan timbul, jika benar orang-orang Melayu mengenali Nabi Muhammad SAW dan bertemu orang-orang Islam sejak zaman Rasulullah SAW masih hidup, di mana rujukan tentang kewujudan mereka di dalam teks-teks agama Islam? Persoalan itu akan dijawab di dalam penulisan akan datang.
[1].Tatiana A. Denisova, Refleksi Historiografi Alam Melayu, 2011, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, p. 219
menara.my/orang-melayu-kenal-rasulullah-saw-sejak-kurun-ke-7-masihi/
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci