Siapa kata wanita bertubuh montel dan berisi tak menarik? Kenyataannya, lelaki lebih sukakan wanita bertubuh gempal.
Mesti ramai yang tak percaya bukan?? Ini bukan rekaan semata-mata, ianya berdasarkan kajian.
Memetik portal Your Tango, kajian mendapati lelaki yang memiliki pasangan bertubuh gempal, mereka 10 kali lebih bahagia berbanding bersama wanita kurus.
Bukan itu je, lelaki sentiasa tersenyum dan lebih mudah menyelesaikan masalah apabila bersama pasangan yang agak ‘chubby’.
Menurut Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Morales dari jabatan psikologi di UNAM, lelaki yang memiliki pasangan montel memiliki kosakata lebih luas, malah mampu berkomunikasi dengan lebih baik.
Kajian juga mendedahkkan, wanita kurus lebih cenderung bersikap pasif dan tidak ramah.
Hasil kajian menyimpulkan wanita berisi bersifat ‘subur’ dan tiada masalah untuk hamil.
Sumber: Cari Forum
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci