Thursday, 4 May 2017

Elakkan Perkara Ini Jika Tidak Mahu Jerawat Naik Di Muka





Jerawat yang tiba-tiba muncul pada wajah memang menjengkelkan. Walau berhabisan ribuan ringgit pada produk penjagaan wajah, tetap juga naik. Kenapa jerawat senang naik di muka?

Ada 5 perkara penting yang anda tak boleh lakukan pada muka jika mahu jerawat tidak senang naik. Baca berikut ini.


Terlalu kerap mencuci muka

Jangan terlalu kerap mencuci muka ! Kulit muka akan jadi kering dan akan menyebabkan kenaikan jerawat yang lebih teruk. Cuci muka pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur sahaja.


Gosok muka terlalu kasar

Ingat, kulit muka sangat sensitif dan nipis. Jadi, jangan terlalu kasar ketika menggosok muka


Tak lap dan bersihkan muka yang berpeluh

Sekiranya korang jenis yang kuat berpeluh, lap muka korang dengan kain atau tisu bersih. Jangan biarkan ia kering di kulit.


Selalu sentuh muka dan jerawat tanpa menggunakan sebarang pelapik ( Jangan sentuh pakai tangan )

Kena tahu dan ingat, tangan sangat kotor, jadi, jangan sentuh jerawat korang pakai tangan dana tanpa menggunakan pelapik.


Rambut sentiasa terkena pada wajah

Rambut kita kotor dan berminyak, rambut yang sentiasa menutupi muka akan menyebabkan jerawat lagi cepat tumbuh





Sumber asal : Hanasuva

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci