Wednesday, 10 May 2017

15 Wanita Vietnam Ditahan Tawar Khidmat Seks




Seramai 15 wanita warga Vietnam ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abang Galau dekat sini malam semalam.

Memetik laporan Kosmo Online, wanita warga Vietnam terbabit dipercayai menjalankan aktiviti menawar perkhidmatan seks kepada pelanggan di pusat hiburan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Supt Zailanni Amit berkata, kesemua wanita berusia dalam lingkungan 22 hingga 35 tahun ditahan dalam operasi Ops Noda yang dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

Menurutnya, pihak polis juga merampas beberapa keping kondom dipercayai digunakan dalam aktiviti pelacuran.

“Pihak polis juga turut merampas wang tunai, resit serta buku rekod perniagaan dari penjaga premis terbabit.” katanya.

Kesemua yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan pihak polis.

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci