728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 April 2017

    'Zurairi Lebih Sesuai Tinggal Bersama Haiwan,' Kata Ali Karim


    Ahmad Ali Karim



    “Kerosakan yang bagaimana sebenarnya? Golongan LGBT sudah wujud buat jangka masa yang lama, dan kita masih belum pernah lagi melihat Malaysia dihancurkan oleh gempa yang berkadaran sama dengan yang berlaku di Sodom (kaum Nabi Lut). Elok sahaja jika kita salahkan golongan gay sebagai penyebab Tanah Melayu berulang kali dijajah oleh Belanda, Portugis, British dan Jepun. Kenapa berhenti sekadar itu? Mari kita dakwa bahawa dinosaur-dinosaur telah dihapuskan kerana dinosaur-dinosaur itu gay“.




    Itulah ayat-ayat bongkak yang telah ditulis oleh Penolong Pengarang dan Kolumnis Malay Mail Online, Zurairi AR atau nama sebenarnya Zurairi Abdul Rahman seperti yang telah dilaporkan oleh portal berita Menara.my.




    Zurairi AR ialah seorang pejuang LGBT yang bukan sahaja ‘vokal’ dalam memperjuangkan hak golongan tersebut tetapi juga mendesak supaya seluruh masyarakat kita termasuk kanak-kanak Islam menghormati gaya hidup LGBT yang dimurkai Allah itu.




    “Kanak-kanak perlu melihat watak-watak gay di dalam filem. Mereka perlu diajar bahawa golongan gay wujud. Tidak ada sebarang perbezaan di antara mereka dengan golongan heteroseksual, dan mereka perlu diberi layanan yang sama”.




    Dalam usaha mempertahankan LGBT, baru-baru ini Zurairi AR berhujah di blognya bahawa “homofobia itu yang sebenarnya di luar fitrah” sedangkan “perlakuan homoseks boleh dilihat secara universal”. Dengan kata lain, Zurairi AR mengatakan bahawa mereka yang tidak menyokong LGBT itulah yang sebenarnya di luar fitrah, dan bukan golongan LGBT itu.




    “Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.




    Alasan yang telah diberikan Zurairi AR untuk menyokong pendapatnya bahawa homoseksualiti ialah fitrah semulajadi hidupan adalah kerana terdapat banyak haiwan-haiwan seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT.




    Hujah yang dangkal dan tidak masuk akal! Adakah Zurairi AR menganggap bahawa haiwan-haiwan itu lebih bertamadun daripada manusia yang menentang LGBT atau kita harus belajar daripada haiwan untuk memahami fitrah? Di manalah logiknya perbandingan dan analisa yang telah dibuat oleh Zurairi AR; takkanlah Zurairi AR mahu menyamaratakan haiwan dengan manusia demi memperjuangkan golongan LGBT?




    Ataupun adakah Zurairi AR merasakan bahawa manusia sepatutnya hidup seperti haiwan? Jika Zurairi AR seronok sangat mahu mengiktiraf golongan LGBT sehingga mahukan kanak-kanak diajar untuk menghormati golongan itu, maka saya berpendapat Zurairi AR sepatutnya hidup sahaja bersama dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah dan mawas bonobo yang dikatakannya memperlihatkan sifat LGBT agar tidak memesongkan akidah kanak-kanak Islam.




    Sudah tentu Zurairi AR akan merasa lebih tenang dan selesa kerana menurutnya, haiwan tidak menentang homoseksualiti dan tidak menganggap perkara terkutuk itu sesuatu yang bukan bersifat semulajadi.




    Saya tidak hairan jika golongan begini menganggap bahawa alkohol dan dadah itu juga tidak salah dan merasakan bahawa tidak patut jika kanak-kanak diajar untuk membenci alkohol dan dadah. Pelik, tetapi pemikiran begini telah meresapi jiwa anak-anak muda Melayu di Malaysia khasnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.




    Golongan liberal seperti inilah yang kini dianggap sebagai contoh orang Melayu moden yang hebat dan berfikiran terbuka sehingga boleh menafsirkan agama Islam mengikut cara dan kehendak mereka sendiri.




    Zurairi AR, dalam tulisannya itu juga mahu rakyat Malaysia meninggalkan kepercayaan-kepercayaan yang masih dianuti oleh orang-orang tua tentang LGBT.




    “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain.” 




    Ternyata Zurairi AR terlalu keliru sehingga tidak boleh membezakan antara hukum Islam dan kepercayaan orang-orang tua.




    Manusia adalah khalifah Allah di muka bumi ini dan kita terikat kepada undang-undang agama dan negara, tanpa undang-undang kita tidak boleh hidup bertamadun kerana undang-undanglah yang membawa kita kepada keamanan dan mengelakkan kita daripada melakukan kerosakkan.




    Maka tidak hairanlah jika Zurairi AR dengan lantangnya menentang usaha untuk meminda Akta 355 di dalam artikel-artikelnya di Malay Mail Online kerana orang-orang begini tidak lagi menghormati hukum-hukum Allah.




    Golongan liberal seperti ini mahu bebas daripada asas-asas agama dan asas-asas negara. Apakah ini adalah contoh progresif yang dilaungkan oleh mereka iaitu menolak kebenaran dan mempertahankan kebatilan? Golongan begini bukan sahaja sesat tetapi berusaha untuk menyesatkan orang lain.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Zurairi Lebih Sesuai Tinggal Bersama Haiwan,' Kata Ali Karim Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top