Wednesday, 19 April 2017
'Walaupun Macam-Macam Suami Tipu Saya, Tapi Allah Tetap Bagi Petunjuk'
Saya dan suami kenal sejak dari zaman persekolahan lagi. Kami bercinta hampir 8 tahun sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah. Siapa yang tidak bahagia kalau jodoh kekal sehingga ke jinjang pelamin.
Kami dikurniakan rezeki awal kerana saya bunting pelamin. Maka, semakin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan saya 5 bulan, Allah SWT turunkan ujiannya, saya disahkan menghidapi appendictis dan perlu menjalani pembedahan. Suami menemani saya selepas pembedahan.
Semasa cuti sakit, say menyedari sedikit demi sedikit perubahan pada suami saya. Dia menjadi cepat marah, kurang sabhar dan selalu ambil endah tidak endah pasal saya. Suami saya seorang suami yang baik dan tidak pernah tinggalkan solat, imamkan saya dan berikan tazkirah selepas solat. Alhamdulillah. Tetapi dia lupa, Allah SWT itu ada.
Pada usia kandungan saya 7 bulan. tidak sangka-sangka, Allah SWT tunjukkan petanda. Di Facebook suami, ada seorang wanita yang tidak saya kenali. Sasa stalk Facebok wanita tersebut dan terkejutnya saya, semua statusnya adalah mengenai rindu dendam pada suami saya.Isteri mana yang tidak hancur hati. Suami saya menafikan semua itu dan mengatakan ada orang lain yang ingin menghancurkan kebahagiaan rumah tangga kami berdua. Suami kata, itu mungkin salah seorang bekas kekasihnya. Sebagai isteri, saya percaya pada kata-katanya kerana terharu dengan suami saya yang sampai bersumpah itu ini dan dia, secara automatik bertukar kembalik menjadi romantik.
Satu malam, saya terlintas untuk periksa telefon suami;
Inbox – kosong
Sent – kosong
Draft – satu mesej tertinggal
Mesej yang ditulis untuk seseorang. Cukup untuk membuktikan yang mereka sebenarnya ada hubungan. Lagi sekali, hancur luluh hati saya. Saat itu juga, saya tanya pada suami. Namun, kali ini dia diam dan ingin mula solat. Saya paksa dia mengaku. Pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya dan pernah keluar bersama. Ya Allah. Terduduk saya semasa mendengar pengakuan suami saya itu. Terus saya menagis macam orang gila.
Suatu hari, suami ingat saya keluar bekkerja malam tetapi sebenarnya saya pergi ke rumah rakan saya. Tanpa ditahan, hati saya ini meluahkan segalanya. Saya merancang untuk menumpak tidur di rumah raan sehari dua dan kembalinya saya ke rumah untuk mengambil pakaian, saya lihat kereta suami tiada di rumah. Maka tahulah saya yang dia keluar berjumpa dengan perempuan itu. Malam itu juga saya balik ke rumah mentua. Saya ceritakan segalanya. Suami saya telefon saya dan beritahu yang dia sebenarnya pergi berjumpa dengan perempuan itu kerana mahu menyelesaikan hal mereka. Kali ini, saya sudah tidak ambil pusing lagi. Mentua saya pujuk saya supaya tidak menceritakan perkara ini pada ibu bapa saya. Saya akur.
Suami pulang ke rumah pada pukul 11 malam. Saya dan rakan menunggu di dalam kereta. Suami sampai terus masuk ke dalam kereta saya dan terangkan bahawa perempuan itu yang tergila-gilakan dia dan dia mengakui yang dia dan perempuan itu berkawan, pernah keluar bersama dan perempuan itu sebenarnya adalah bekas kekasihnya yang kini sudah menjadi janda anak 4.
Ya Allah, usia kami baru saja 25 tahun dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar berkawan. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan itu tetapi tidak boleh sebab perempuan itu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka. Bila saya tanya kenapa tidak terus terang, dia berikan alasan sebab takut saya marah.
Ya Allah, macamlah saya tidak marah ketika ini. Saya tidak puas hati, saya suruh dia bersumpah atas nama anak sambil memegang perut saya. Suami pada mulanya tidak bersetuju, tetapi tetap buat dalam keadaan terpaksa, kemudian kami pulang dan saya mendiamkan diri. Saya masih terasa ada sesuatu yang suami cuba sembunyikan.
Pada subuh hari, saya kejutkan suami, saya tanya elok-elok, saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala-galanya pada saya supaya perempuan itu tidak tambah cerita, tidak buat fitnah dan tidak ugut suami saya lagi. Suami diam. Suami akhirnya mengaku yang hubungan mereka itu sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, suami menjawab tiga kali saja. Ya Allah, berat sungguh dugaanMu, bayangkanlah, saya sedang mengandungkan anaknya 7 bulan.
Ketika itu saya terdiam, setitik air mata pun tiada. Saya pandang kosong pada suami saya. Rasa cinta saya selama 8 tahun itu telah terkubur. Saya diam sejenak. Suami saya pula menantikan jawapan. Dia menangis, saya biarkan. Baru menyesal mungkin. Saya peluk suami, saya bisik di telinganya;
“Abang bertaubatlah, solat taubat banyak-banyak. Saya maafkan abang dan saya tiada dendam di dalam hati.”
Suami padang saya sambil menangis teresak-esak dan bertanya, adakah saya masih terima dia lagi dan saya hanya mengangguk.
Dia menangis sambil memeluk saya, mencium saya. Saya terus bangun dan berwuduk, Ketika solat, barulah air mata saya jatuh. Pada Allah SWT, saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika itu mendengar pengakuan itu. Hati saya tidak tenang. Saya baca Surah Ar Rahman. Tersedu-sedu, sebak yang tidak tahu macam mana untuk digambarkan. Suami yang melihat saya menangis, dan dia tidak sanggup melihat keadaan saya dan dia terus hubungi ibunya dan terus menceritakan segala-galanya. Ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dengan saya. Saya tidak mampu untuk berkata-kata pada ketika itu. Saya hanya menangis dan menangis. Suami cerita, dia tidak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu rupa. Saya tanya apa yang kurang pada dia, dia kata tiada apa yang kurang. Saya ada rupa, 1000 kali lebih cantik dari janda itu, saya solat, saya taat pada suami, saya bekerja, saya berikan dia anak, saya tutup aurat. Saya sempurna!
Suami kata dia macam lupa diri.. Dia tidak tahu kenapa dia jadi bodoh macam itu. Dia menyesal dan ingin lari daripada perempuan itu tetapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya. Sebab itu dia terpaksa kekal berhubung bagi menutup mulut perempuan tersebut.
Sakitnya hati ini Allah SWT saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap saja, kemudian, saya tidak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. Saya minta cerai dari suami dan suruh suami kahwin dengan perempuan tersebut. Tetapi suami tidak mahu. Dia kata mati hidup balik pun dia tetap tidak akan ceraikan saya. Pada sat itu, saya jadi kerap menangis, tambahan pula perempuan itu selalu mengamuk pada suami dan saya. Habis dia cerita semua yang saya tidak tahu, perkara-perkara yang menyakitkan hati.
Perempuan itu hantar mesej pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia. Saya balas mesej dia dan beritahu semuanya sudah selesai. Say dan suami saya baik-baik saja. Lepas itu dia balas dan ucapkan tahniah kepada saya kerana bersuamikan seperti suami saya dan pastian suami saya tdak mencari dia seperti mana suami saya mencari dia sewaktu saya menjalani pembedahan tempoh hari.
Ya Allah, ketia aku bertarung nyawa melawan penyakit, suami aku curang. Sedih dan pilu hati ini entah mahu beritahu macam mana. Isteri mana yang tidak marah. Saya marah tetapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya minta suami untuk lebih menghargai pengorbanan saya. Saya minta untuk dia tidak lupa Allah SWT itu ada. Macam-macam suami tipu, tetapi Allah SWT berikan saya petunjuk.
Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang dan anak saya pun telah selamat lahir. Kami cuba untuk melupakan segala-galanya. Kami buka buku baru, suami pun sudah berubah sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. Dia juga tahu, sekiranya berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. Saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dan saya ada Allah. Apa ada hal?
Mungkin ramai yang saya ini bodoh sebab saya berikan peluang pada suami saya. Tetapi bagi saya lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri. Saya yakin, Allah SWT itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa,mungkin isteri-isteri di luar sana akan ambil jalan cerai, mungkin, balas dendam.
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci