728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 4 April 2017

    “Soalan Nonsense-nonsense Pun Ibu Bapa Nak Tanya Pada Cikgu Dalam WhatsApp Group”




    serenity Seorang penulis, fakta dan fiksyen.

    Di zaman moden serba interaktif ini, kecanggihan teknologi membolehkan ibu bapa dan guru berdiskusi secara maya mengenai perkambangan murid-murid sekolah. Kini juga, Whatsapp groups ditubuhkan oleh mereka untuk berukar maklumat mengenai kelas dan anak-anak.
    ParentDivaAN

    Bagaimanapun, sikap segelintir ibu bapa di WhatsApp group menyebabkan ada guru yang merasa terganggu, terutamanya apabila ibu bapa menanyakan soalan-soalan remeh.

    Ikuti tulisan Sharul Fazlina mengenai sikap ibu bapa dalam Whatsapp group kelas anak.

        Cikgu bukan orang gaji. Cikgu pun nak ada masa dengan suami dan anak-anak.
        Cukuplah hanya di sekolah nak kena layan anak-anak kita yang 40 orang, 40 ragam, 40 tabiat. Itu baru satu kelas.
        Kat rumah pun dia kena layanibu bapa dalam WhatsApp group–80 orang mak bapak.
        Soalan nonsense-nonsense bagi pada cikgu. Semua cikgu mata pelajaran nak disuruh masuk dalan WhatsApp group untuk update homework apa yang ada hari tu.
        Katanya tugas cikgu. Suruh ingatkan anak minum air masak banyak-banyak katanya tugas guru. Tupperware hilang pun suruh cikgu cari. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari.
        Semua tu tugas cikgu. Banyak benar tugas cikgu. Tak kira lebih masa tu.
        Ni nak tanya.
        Tugas parent apa, ya?
        Jangan jadi diva.
        Periksalah buku anak satu-satu, ada homework ke, tak ada. Kalau engkau tanya dia memang tak ada memanjang pun nak salahkan cikgu, ke? Tulisan anak engkau tak boleh baca pun, nak salahkan cikgu ke?
        Kenapa tak salah kan Tok Batin ke ketua kampung ke.. JKKK Flat Seri Wangi ke, Mark Juberg ke.
        Yang ada anak jenis alert, memang rezeki dia tak yah suruh terus buat.
        Yang anak jenis kena ketuk baru jalan tu, mak ayah kenalah gigih. Jangan dok tuding kat cikgu saja.
        Mami marah ni. Berombak-ombak dah dada tahan geram.
        Kata kunci: Mak bapak diva insya allah anak pun diva. tak percaya? Cubalah jadi diva.
        Eh kejap. Mami bukan Cikgu.
        Ingat, ya. Nak ilmu anak-anak berkat, berjaya dunia akhirat, doa guru itu perlu.
        Ajar anak independence boleh tak? Boleh ke, boleh?
        Lempang nak?


    Seorang guru bernama Asyikin Hashim pula menyenaraikan apa yang tidak patut dilakukan oleh ibu bapa di Whatsapp Group kelas anak.
    6 Jangan Dalam Grup Whatsapp Kelas Anak

        1. Jangan iklan perniagaan sendiri mahu pun orang lain di dalam grup. Itu grup untuk makluman sekolah dan kelas sahaja.    2. Jangan beri arahan macam-macam kepada guru seperti tengokkan anak saya, tolong tengokkan dia bawa buku ke tak, etc.. – pm tepi jika perlu pertolongan.    3. Jangan menerjah grup jika berlaku kes tidak diingini seperti kita menyangka ada kes buli dalam kelas. Kita pun tanya dalam grup macam-macam. Sila PM tepi. Serah pada guru untuk buat siasatan. Bukan tindakan sendiri.    4. Jangan mengharap cikgu balas atau respon secepat mungkin. Cikgu banyak kerja di sekolah. Nak layan 30 – 40 budak dalam satu kelas. Beri cikgu masa.    5. Jangan overshadow cikgu. Cikgu belum jawab, dia jawab dulu. Sekali salah lah pulak jawapan tu hehe. Kalau nak tolong respon biarlah secara berhemah – Saya tolong jawabkan untuk cikgu ya.    6. Jangan buat grup macam grup jiran tetangga atau grup mesyuarat tingkap jiran belakang. Ini grup formal. Tak semua ibu bapa di situ kita kenal.    Mak Pengetua pening tau, grup whatsapp anak ada 6,  kalau semua ada grup. 3 anak darab 2 – sekolah pagi dan petang.    Apa-apa pun, di mana pun, bila-bila masa pun, berakhlaq dengan semua orang. Akhlaq dijunjung budi disanjung.    Mak pak dalam grup tu bukan semua kita kenal. Jadi berbudilah dalam berbicara. Berhati-hatilah dalam tingkah dan kata.    Sekian.    ~Mak yang pening dengan grup yang banyak~

    Apa yang diperkatakan oleh dua orang guru tersebut ada logiknya. Usah menyalahgunakan platform untuk berkomunikasi dengan guru anak-anak anda dengan menanyakan soalan remeh-temeh atau mengarahkan guru begitu-begini.

    Apa pun, jasa seorang guru tiada nilainya. Jadi tiada salahnya kita memudahkan kerja mereka, kerana mereka bukan mengajar aak kita seorang sahaja. –amazingnara.com

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: “Soalan Nonsense-nonsense Pun Ibu Bapa Nak Tanya Pada Cikgu Dalam WhatsApp Group” Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top