728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 5 April 2017

    Sarawak, Sabah Sudah Umum Cuti Pada 24 April Ini



    Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am seluruh negeri ini.

    Pejabat Ketua Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan yang mengisytiharkan hari berkenaan sebagai cuti umum sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

    Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, semalam mengarahkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing untuk mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am.

    Manakala, Kerajaan Sabah memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am seluruh negeri, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

    Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, berkata ia selaras keputusan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, yang dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.

    "Keputusan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah pada 22 Mac 2017," katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

    Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, meminta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing untuk mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Sarawak, Sabah Sudah Umum Cuti Pada 24 April Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top