728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 15 April 2017

    Remaja Malu Bila Tahu Mak Dan Ayahnya LGBT




    By KRT

    Saya merupakan anak lelaki tunggal. Dari luaran, keluarga saya serba serbi sempurna. Namun dalaman. Mak ayah saya boleh dikatakan senangd dan walaupun sibuk saya tidaklah sampai terabai.

    Semasa saya berada di Tingkatan 2, saya pernah menangkap  mak saya melakukan hubungan sejenis dengan seorang pengkid. Meruntun jiwa saya masa tu. Mungkin dari umur saya masih budak, tetaapi saya tidak bodoh untuk memahami apa yang telah saya lihat. Saya sendiri pernah nampak mak saya bersayang-sayang semasa ber-sms dan berpegangan tangan semasa berjalan di dalam mall.

    Pada usia semuda itu, apa boleh saya buat. Saya mengadu dengan ayah. Ayah langsung tidak terkejut atau apa, dia cuma kata itu kawan mama. Kawan. Saya diamkan lagi. Mama makin rapat dengan saya. Lepak rumah, masakkan makanan kesukaan, bulan tu dua kali kami sekeluarga bercuti. Masa itu saya ingat mungkin salah tafsiran. Itu kawan mama. Tapi lain pula bila bulan kedua. Saya terhidu kegiatan ayah saya pula. Saya jumpa CD lucah aya, dan kesemuanya lelaki sejenis atapun gay. Mula saya ingat tu mungkin perkara biasa, tapi saya jumpa gambar ayah dengan seorang lelaki yang saya cukup kenal dan rapat dalam telefon mereka sempat buat aksi yang lucah.

    Allah. Dalam usia 14 tahun, apa yang boleh saya buat? Sama menangis dan saya amat takut. Saya ceritakan perkara ini kepada ustaz saya di sekolah. Ustaz hanya mampu menggelengkan kepala dan memanggil mama dan ayah ke sekolah. Lembik saya kena belasah lepas balik dari sekolah hari itu. Saya terus ditukarkan sekolah dan ayah dan mama berikan amaran untuk membuang saya dari keluarga sekiranya saya masih mencampuri urusan peribadi mereka.

    Setiap malam saya menangis. Tetapi ustaz banyak berikan semangat. Dia kuatkan hati saya dengan mengaji dan solat. Saya belajar secara curi-curi dan dari telefon ketika itu. Mama dan ayah semakin berani sampai bawa balik pasangan masing-masing ke rumah dan kenalkan saya dengan pasangan masing-masing. Siap belikan saya hadiah sempena hari jadi saya masa itu.

    Datuk dan nenek saya antara yang saya rapat juga. Tetapi saya tidak berani untuk buka mulut. Bila berdepan dengan atuk dan nenek, biasalah, mulalah mereka beraksi sayang-sayang macam pasangan bahagia. Saya hari-hari berdoa. ujian apakah yang Allah SWT berikan. Bab solat jangan cakaplah, puasa apa lagi. Tetapi kerana saya buat semua itu, mama dengan papa tidak pernah larang, siap panggil ustaz mengajar saya di rumah lagi. Alhamdulillah, tanggungjawab untuk saya sudah lepas. Tetapi untuk diri sendiri?

    Masa saya habis SPM, saya dapat tawaran Asasi di UiTM. Masa tu mama dengan ayah sudah mahu bercerai. Mereka banyak kali turun naik makamah. Namun atas urusan kerja, perkara tu tidak terjadi. Sebab sudah berasa cukup dewasa, saya berani tegur mama dengan ayah semasa makan, Mungkin salah saya, tidak kena masa ayah campak air kena muka saya, dilemparnya nasi ke bawah. Ya Allah, rezeki. Menangis saya bukan kerana kena marah, tetapi tengok rezeki dibiar. Ayah hampir tangankan saya tapi saya sempat elak. Mama pula habis-habisan maki anak tak guna, bodoh saja solat tapi kurang ajar. Tak bau syurga. Dan macam macam lagi. Saya habis habisan lawan. Saya cakap saya malu,. Saya menyesal dapat mak ayah  macam tu. Mama saya menangis dan terduduk. Ayah terus ambil kunci dan keluar rumah. Namun lepas kes tu, mama dengan ayah buat biasa tanpa sikit segan dengan saya.

    Umur saya sudah 24 tahun dan saya tidak jumpa apa jalan untuk saya. Jujur saya cakap, saya malu dengan dunia luar. Saya malu untuk berkawan. Saya mula untuk bercakap sekalipun. Saya malu mahu jejak masjid dan surau. Tapi situlah ketenangan yang saya dapat. Saya sudah usaha, saya dah cuba. Belum ada jalan untuk keluarga saya. Tapi saya akan usaha untuk sama-sama ayah dengan mama ke jannah.

    Saya anggap saya yang belum cukup sempurna untuk mengubah mereka, sekarang ni saya jauh di Borneo. Saya tahu mama saya dah mula berhijab. Alhamdullilah. Tiap minggu saya tengok Instagram dan hadiahkan dia tudung, sampai saya rasa saya dah tahu macam-macam jenis tudung sekarang. Saya tengok ayah upload gambar dia dengan seorang penceramah terkenal. Mungkin itu satu petanda. Saya masih punya doa sebagai senjata, mungkin itu juga peluru untuk keluarga saya berubah kelak. Saya tahu jalan Allah dah buka, mungkin kini saya yang perlu sama-sama berjalan dengan mereka.

    Abang mungkin anak derhaka di mata mama dengan ayah, tapi di mata abang mama dengan ayah adalah anugerah terindah buat abang. Abang cuma harap keluarga kita macam keluarga lain. Allah masih bagi peluang untuk kita berubah.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Remaja Malu Bila Tahu Mak Dan Ayahnya LGBT Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top