728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 April 2017

    "Park Mcm Menteri Mmg Kena Laa Ingat Menteri?" - Iqram Dinzly Dimaki Orang Langkawi Kerana Parking Macam Haram



    Isu parkir haram seperti double parking, parkir di petak OKU bukanlah merupakan suatu perkara yang baru sebaliknya ianya seperti sudah menjadi suatu budaya yang popular di negara dunia ketiga seperti di Malaysia, khasnya.

    Masalah-masalah yang melibatkan isu parkir ini sebenarnya disebabkan oleh mentaliti jamban yang dimiliki oleh sesetengah pemandu di Malaysia. Mentaliti seperti inilah menjadi punca mengapa mereka lebih mementingkan diri sendiri meskipun tindakan mereka itu bakal menyebabkan kesusahan kepada ratusan orang lain.

    Baru-baru ini, jadi viral di laman media sosial Facebook apabila kereta yang dipandu oleh aktor kacak, Iqram Dinzly ditinggalkan sekeping nota yang berbunyi “Kereta besar, otak kecik” semasa beliau di Langkawi.


    Berdasarkan kepada gambar yang dimuatnaik ke dalam grup Langkawi Sana Sini II ini, kereta Honda CRV berwarna putih yang dipandu oleh Iqram ini dirakamkan telah diletakkan secara sesuka hati sehingga menutupi laluan masuk ke premis bangunan.

    Menyedari perkara itu telah ditularkan, Iqram kemudiannya memuatnaik gambar beliau yang sedang berswafoto bersama nota itu ke laman Instagram beliau dengan berkapsyen:

    Bersyukor otak kecik namun jiwa besar iaitu sabar. Berbanding hati tersasar, niat beredar. Maaf sekiranya terkasar. #langkawiman ☺🙌🏻 Secara jujornya saya ingin ber terima kaseh kepada sang penulis yang kreatif ini dengan meletakkannya selepas menyentuh hak peribadi orang lain tanpa izin dan seterusnya memberikan inspirasi kpd saya. Keep it up a good work ! 👌

    #Alhamdulillah #DRCHiQQY


    Tindakan beliau yang konon-kononnya dilihat seperti mahu ‘menganjing’ tindakan pemilik nota itu kemudiannya telah mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan aktor itu sebagai orang yang tidak boleh ditegur.


    Tidak boleh ditegur



    Jadikan sebagai pengajaran


    Bodoh sombong nak mampus

    Bagi kami, tidak kisah sama ada anda merupakan seorang selebriti ataupun VIP, cubalah ubah mentaliti anda bagi mencerminkan diri anda sebagai seorang public figure yang dihormati ramai.

    Bak kata Mahatma Gandhi. “You must be the change you want to see in the world.”.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: "Park Mcm Menteri Mmg Kena Laa Ingat Menteri?" - Iqram Dinzly Dimaki Orang Langkawi Kerana Parking Macam Haram Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top