Ramai yang berpendapat bahawa wanita yang bersifat lemah lembut adalah pilihan utama lelaki untuk dijadikan pasangan, tetapi ada sebilangan lelaki yang mahukan wanita yang berpewatakkan degil atau lebih dikenali sebagai wanita “keras kepala”.
Ada beberapa perkara menarik yang perlu anda ketahui disebalik perwatakkan tegasnya, jom kita lihat.
Jujur dan tegas
Selalunya wanita yang keras kepala lebih jujur dalam memberi pendapat. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak suka berbohong dalam menyampaikan sesuatu dan tegas dalam melakukan keputusan.
Tetap pendirian
Mereka yang berperwatakkan keras kepala ini biasanya lebih tegas dalam melakukan sesuatu keputusan. Mereka tidak mudah untuk berubah fikiran, malah akan tetap mempertahankan keputusannya
Tidak mudah ditipu
Hal ini kerana mereka ada persepsi tersendiri terhadap sesuatu, terutamanya berkaitan dengan prinsip hidup. Tidak mudah untuk dimanipulasikan mindanya.
Sangat prihatin
Walaupun dikenali sebagai wanita yang keras kepala dan degil, mungkin akan ada yang menyangkal fakta ini tetapi mereka sangat prihatin terhadap orang sekeliling nya malah lebih dari diri sendiri
Lain dari yang lain dan lasak
Mereka lebih menyukai sesuatu yang lebih mencabar dirinya, suka akan kelainan dalam setiap aktiviti dan selalunya mereka akan menjadikan suasana lebih menarik. Kebanyakkan lelaki menyukai wanita yang lebih lasak kerana bagi mereka ianya bermaksud wanita itu mampu menjaga dirinya sendiri
Percaya pada diri
Wanita yang memiliki perwatakkan keras kepala lebih percaya diri dan yakin dengan apa yang dia lakukan samaada dalam melakukan kerja malah dalam menggayakan pakaian. Bukan sahaja bijak mengatasi masalah malah perwatakkan menarik.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci