Hong Kong merupakan sebuah bandar
metropolitan yang sangat padat dan pesat membangun, maka tidak hairanlah
terdapat ratusan bangunan pencakar langit terletak di bandar ini
sahaja.
Sekiranya diperhatikan, terdapat sesuatu perkara yang unik pada reka bentuk kebanyakan bangunan tinggi di sini.
Kebanyakan bangunan di sini, memiliki
struktur yang ‘berlubang’ di bahagian tengahnya. Unik, kan? Mengapa ia
direka sedemikian rupa?
Memetik laman Amusing Planet,
masyarakat Cina sememangnya terkenal dengan feng shui mereka
dan diaplikasikan bukan terhad di dalam kediaman, perabot dan juga
posisi kerja di pejabat, malah ianya turut disuntik ke dalam reka bentuk
bangunan khususnya bangunan pencakar langit seperti terdapat di Hong
Kong.
Mengikut fahaman feng shui, reka bentuk
sebegini dipercayai ia mampu mengelak dari energi negatif yang boleh
menyebabkan perkara tidak baik dan juga kerugian.
Berdasarkan dari landskap Hong Kong itu
sendiri, ramai percaya pertumbuhan pesatnya disebabkan ia terletak di
tengah-tengah kawasan pergunungan dan juga laut. Dan menurut sejarahnya,
gunung merupakan rumah bagi haiwan naga, makhluk yang membawa energi
positif yang sangat kuat.
Melalui kepercayaan itulah terhasilnya
bangunan yang menambahkan ‘lubang naga’ di tengahnya agar si naga dapat
melakukan perjalanan dengan lancar, menurut ahli fengshui.
Dan akhirnya energi positif sentiasa
hadir dan terpancar di seluruh bandaraya Hong Kong. Begitulah legenda
yang dipercayai mereka.
Pastinya ia bukan sesuatu yang pelik
kerana setiap bangsa di dunia mempunyai kepercayaan masing-masing dan
mempengaruhi rekabentuk bangunan tertentu di negara mereka, bukan?
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci