728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday, 4 April 2017

    Mahu Optimumkan Liter Kereta Anda? Amalkan 5 Tips Ini




    1) Isi Minyak perlahan-lahan

    Anda kena isi minyak perlahan-lahan supaya petrol dapat masuk ke tangki dengan sepenuhnya. Pastikan anda kawal picu yang ditarik ketika isi minyak secara separa penuh. Cara ini dapat mengurangkan wap untuk keluar bersama dengan petrol sekaligus boleh mejimatkan petrol anda.

    Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.




    2) Isi minyak semasa tangki separa penuh

    Makin banyak minyak dalam tangki, makin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Jadi, anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

    Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.

    Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.




    3) Isi minyak ikut liter

    Pastikan isi minyak ikut liter tau, bukan wang ringgit.

    Contohnya: Isi petrol 20 liter jadi bayarannya RM46 ringgit, lebih baik daripada korang nak isi RM40 tapi liternya cuma 15.7894737. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.




    4) Isi minyak pada waktu pagi atau pada suhu yang sejuk.

    Pastikan isi minyak pada waktu pagi atau malam kerana kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu suhu yang panas sekiranya korang isi pada suhu yang panas, wap petrol akan keluar dari tangki minyak kenderaan korang. Fungsi ini juga sama digunakan untuk mengisi minyak kapal, suhu akan diambil sebelum mengisi minyak kerana kapasiti minyak yang berubah mengikut suhu.




    5) Jangan isi minyak ketika trak petrol sedang mengepam minyak

    Lika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda. Apabila proses mengisi semula minyak dari lori tangki ini ke dalam tangki penyimpanan, petrol dalam tangki penyimpanan bawah tanah itu mungkin telah dikacau menyebabkan mendapan-mendapan bawah tangki minyak simpana itu masuk dalam kereta anda.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Mahu Optimumkan Liter Kereta Anda? Amalkan 5 Tips Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top