728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 16 April 2017

    Kapitalis Instagram, Sapa Suruh Buat Chef Wan Marah? Kan Dah Dapat 'Jari Tengah'



    Ramai yang tahu yang di Instagram memang sudah lama menjadi lubuk untuk online seller mencari pelanggan mereka yang terdiri daripada pengguna laman media sosial itu sendiri.

    Setelah menubuhkan insta-shop mereka dan mencari follower, maka tibalah giliran mereka untuk membuat pemasaran menerusi laman itu juga.

    Di antara cara pemasaran yang paling popular di kalangan online seller ini adalah dengan meninggalkan komen pada gambar-gambar yang tular. Namun sekiranya komen yang ditinggalkan itu satu dua, tidaklah orang lain kisah, tetapi kalau kekerapan itu sudah seperti iklan di Astro, haaa, orang yang penyabar pun boleh mengamuk.

    Begitulah nasib Chef Wan apabila status mengenai penceraian anak perempuan beliau, Serina yang telah dihujani dengan komen-komen spam dari golongan online seller ini yang terlampau seseolah tidak menghiraukan kesedihan dan keperitan orang lain.

    Berang dengan tindakan biadap mereka itu, Chef Wan kemudiannya telah memuatnaik sekeping gambar yang dirakam khas buat online seller jenis tidak tahu malu ini.




    Di dalam kita kesedihan dan juga nak membaca setiap pandangan serta komen-komen dari follower saya tentang apa yang pada muatnaik di IG ini mengenai Serina, sibuk gila spammer-spammer mahu menumpang jual barang dan sebagainya.

    Geram sungguh saya dengan manusia-manusia yang tiada langsung rasa hormat pada ruang peribadi kita terutamanya pada saat-saat macam ini.

    Mereka ini bukannya kisah, yang penting adalah sikap pentingkan diri sendiri, ketamakan mereka menyebabkan mereka mengabaikan privasi orang lain.

    Kadang-kadang saya terfikir, mereka ini sebenarnya kurang cerdik kerena mereka tahu dalam masa beberapa minit nanti saya akan buang mereka selama-lamanya.

    Saya selalu berasa jijik dengan perangai manusia sebegini yang tiada rasa hormat pada orang lain dan tidak berasa malu.

    So they deserve a finger from me!


    Status Chef Wan ini kemudiannya telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Chef itu terhadap golongan online seller yang kaki spam ini.

    Mungkin bengang dengan sikap online seller yang tidak reti bahasa ini meskipun sudah dihadiahkan jari oleh Chef itu, Chef Wan kemudiannya mengambil langkah untuk menukarkan profil akaun Instagram beliau dari awam kepada peribadi.



    Iya lah, siapa yang tidak berangkan, sudahlah mereka ini langsung tidak kisahkan pasal kita, lepas itu berani pula hard sell di ruangan komen di laman Instagram orang lain.

    Buat online seller di luar sana, we feel you bro, tetapi cubalah berikan komen yang bersesuaian dengan situasi orang lain dan selepas itu barulah korang mula menjual dengan meninggalkan komen-komen korang itu di sana. Mungkin dengan cara ini, kuranglah perasaan bengang orang lain sekiranya membaca komen-komen korang ini.

    Sekurang-kurangnya, korang tolonglah acknowledge kesusahan orang lain. Bukannya tahu menjual-jual semata-mata. Sakit hati tau.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kapitalis Instagram, Sapa Suruh Buat Chef Wan Marah? Kan Dah Dapat 'Jari Tengah' Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top