Monday, 24 April 2017

Kain Rentang Salah Eja 'Pertabalan' Sudah Diturunkan



Kain rentang ucapan sembah tahniah sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang mengandungi kesilapan ejaan sudah diturunkan dan diganti baharu.
Perkataan `pertabalan’ dieja sebagai `perbatalan’ dan kesilapan itu menjadi viral serta menerima kecaman netizen.
Netizen beranggapan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu segera diperbetulkan.
Ketua MCA bahagian Taiping, Ang Sui Eng, berkata kain rentang berkenaan dipasang di bangunan MCA Taiping sejak seminggu lalu tetapi kesilapan ejaan hanya disedari hari ini selepas ia menjadi viral di laman sosial.
“Pihak kami menyedari perkara itu pagi tadi kira-kira jam 9 pagi dan menurunkan kain rentang berkenaan. Kesilapan diperbetulkan segera dan kain rentang baharu dipasang pada jam 10 pagi.
“Kami meminta maaf atas kesilapan itu kerana tidak menyedari dan terlepas pandang perkataan pertabalan yang tersilap eja.
“Kami tetap menyatakan kesetiaan kami kepada Seri Paduka Baginda dan negara,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.-BH

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci