Seorang peneroka naik angin dan mengugut untuk membunuh isteri dan anak-anaknya ekoran permintaan untuk melakukan hubungan seks dengan isteri ditolak ‘mentah-mentah’ dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini.
Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian pada Jumaat lalu, suspek berusia 57 tahun dikatakan mengajak isterinya mengadakan hubungan seks sekitar jam 10.15 malam, namun tuntutan nafsunya itu tidak ‘ditunaikan’.
Akibat permintaannya tidak dipenuhi, Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berang turut memecahkan pinggan mangkuk dan pasu.
“Disebabkan itu suspek mengamuk dan merosakkan beberapa barangan dalam rumah. Dia turut memecahkan akuarium sambil mengugut membunuh isteri dan anaknya,” katanya memetik akhbar tersebut, hari ini.
Bimbang dengan tindakan suspek, isterinya membuat laporan di Balai Polis Ladang Geddes, di sini, jam 10.50 pagi keesokannya, kata Noorzainy.
“Bertindak atas laporan, sepasukan polis menahan suspek pada hari sama di rumahnya jam 1.30 tengahari.
“Siasatan polis mendapati isteri suspek menolak melakukan hubungan seks berikutan sudah membuat permohonan cerai dan perlu tampil ke mahkamah pada esok (hari ini),” ujarnya.
Perbuatan suspek yang mengamuk turut disakskan semua anaknya yang kini trauma.
Noorzainy berkata, suspek direman empat hari hingga esok mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
- mD
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci