728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 April 2017

    Era Pakaian Terdedah Telah Berakhir - New York Times

    GAMBAR HIASAN



    Hakikat nyata berkenaan sejarah reka bentuk pakaian pada setiap dekad – semuanya akan bertukar mengikut arus perubahan.


    Skirt mini dan warna-warna Crayola tahun 1960-an, pakaian berbahu bidang tahun 80-an, minimalisme tahun 90-an – Pakaian-pakaian yang biasanya tersimpan dalam almari dan biasa dilihat di jalanan kemudiannya mendapat perhatian dunia apabila ianya mampu bertahan sehingga ke waktu pertengahan era-era tersebut.  


    Kini, pada tahun 2010, kita sekali lagi sampai ke waktu tersebut. Plat tektonik fesyen berpakaian telah berubah. Lihatlah di sekeliling. Apa yang anda nampak?  


    Lihatlah di pentas peragaan: suits – lengan panjang dan skirt panjang mendominasi pertunjukan fesyen yang terbaru. Lihatlah reka bentuk pakaian yang dipakai oleh masyarakat dan pakaian yang terpamer di kedai-kedai.  


    “Wanita-wanita yang dahulunya hanya membeli dress tanpa tali bahu dan skirt pendek telah beralih arah. Kini, mereka membeli gaun petang yang berlengan dan menutup leher,” kata Claire Distenfeld, pemilik Fivestory, butik terkenal yang terletak di sebelah timur atas Manhanttan.


    “4 musim yang lalu, amat sukar untuk menjual blouse. Namun sekarang, semua orang mahukan blouse. Wanita muda yang selalunya datang untuk membeli pakaian non-existent ciptaan Balmain, kini meninggalkan kedai dengan berpakaian skirt paras lutut bersama baju panas atau blouse ciptaan Emilia Wickstead.”  


    Bercakap mengenai Balmain – label tersebut pun sudah mula menawarkan knit panjang, lengan panjang dan jaket lengan panjang daripada kulit buaya dalam koleksi short-‘n’-fringednya dalam koleksinya yang lalu.  


    Beralih pula ke karpet merah: pemenang fesyen musim lalu, Ruth Negga, yang mengeluarkan koleksi baju berlengan, muncul di Oscar dengan memakai baju Valentino serba merah – lengan panjang, leher bertutup dan skirt labuh, sekaligus melayakkan beliau tercalon dalam senarai 10 artis berpakaian terbaik malam itu. Ditto Jessica Biel (baju ciptaan Kaufman Franco berwarna emas; lengan panjang, leher bertutup dan labuh baju hingga lantai) dan Isabelle Huppert (baju putih lengan panjang, leher berpotongan bulat, labuh hingga ke lantai ciptaan Armani Privé).  


    Lihat pakaian yang ada dalam almari anda.  


    “Ia adalah ‘makrotrend’,” kata Ghizlan Guenez, pengasas The Modist, laman fesyen terbaru. Satu trend yang bukan hanya sekadar fesyen. Apakah ia sebenarnya?  


    Tamatnya zaman pakaian terdedah. Permulaan era baru “pluri-empowerment” wanita (seperti apa yang Iza Dezon, seorang peramal trend memberitahu CNN), pakaian yang mengekspresikan keutamaan dan keperluan individu perempuan berbanding menunjukkan peranan perempuan yang klise. Walaupun masih diperdebatkan, semuanya bermula sekurang-kurangnya tiga tahun yang lalu – sekitar tahun 2015, sewaktu The New York Time melaporkan cara perempuan-perempuan muda di sekitar jalanan Brooklyn yang melapiskan pakaian mereka secara kreatif dengan menutupi atau membaluti tubuh badan mereka. Trend ini mula mendapat perhatian masyarakat atas penyatuan faktor sosial, politik dan budaya yang terbias pada pakaian.  


    Dan kita boleh menyatakan: Wanita sekalian, fesyen telah melindungi anda. Dalam setiap makna perkataan tersebut.  


    “Kita hidup di zaman realiti TV dan transparensi, di mana semuanya dapat dilihat dengan jelas,” kata Lucie Greene, Pengarah Dunia Kumpulan Inovasi J. Walter Thompson.  


    “Bertahun sebelum ini, imej perempuan yang amat cantik, menjadi tarikan seksual dan dilihat persis patung memberi impak kepada saya dan saya percaya, ia juga memberi impak yang sama kepada orang ramai,” tulis Phoebe Philo, seorang Pengarah Kreatif Céline, dalam emelnya. Sebagai alternatif, Philo telah memfokuskan kepada mencipta pakaian yang besar, lembut dan seperti kelubung di Céline, seolah-olah satu kepompong di mana perempuan akan muncul dari dalamnya.  


    Ini adalah salah satu reaksi estetik, dan bukan satu-satunya sahaja. Ia bukanlah sekadar mengenai hemline semata-mata, dan ia bukanlah seperti fesyen berasaskan fizik Newton (semua yang ke atas akan jatuh ke bawah). Ini bukanlah soal berpakaian yang membuatkan anda rasa berkuasa, tetapi ia lebih kepada kekuatan yang diperoleh hasil daripada pemakaian yang membuatkan anda merasa selamat, selesa dan dilindungi. Ia seperti apa yang terlihat dalam kedua-dua sejarah fesyen chiffon sutera flora Giambattista Valli yang berlengan panjang, skirt labuh meleret dan kawasan leher yang ditutup dan watak-pelakon yang berpakaian daripada atas hingga ke bawah di Gucci. Dalam baris-baris Puritan boho Valentino oleh Pierpaolo Piccioli, dan jahitan bongkok Stella McCartney, pakaian bintang rock yang elegan oleh Haider Ackermann dan gaya romantik windswept Victoria oleh Erdem. Juga pakaian berbalut yang bergaya oleh Michael Kors.  


    “Hanya satu perkara yang boleh mengejutkan orang ramai di pertunjukan fesyen; memakai suit berjahit di saat orang lain memakai pasties,” kata Kors yang merujuk kepada penampilan mengejutkan Nicki Minaj. Nicki Minaj muncul di pentas peragaan Haider Ackermann bulan lepas pada pukul 10.30 pagi hari Sabtu, dengan sebelah payudaranya hampir terdedah. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ianya masih lagi kurang menggoda jika dibandingkan dengan gaya pakaian Alex Wek yang sedang berjalan lenggok catwalk di atas pentas peragaan; berpakaian kot tuksedo cashmere hitam yang sesuai dengan tubuhnya, seluar panjang skinny hitam dan polo hitam berleher.  


    Mungkin ianya seperti apa yang dikatakan Greene, salah satu trademark pakaian-pakaian ini adalah ia “menolak pandangan lelaki yang bersifat mengecam.”  


    “Sekarang, ia bukanlah tentang apa yang lelaki mahukan, tetapi lebih kepada tentang apa yang perempuan mahukan,” tambahnya.  


    Setelah wanita mendapat suara dalam politik, mereka mula mengekspresikan diri mereka secara sartorial, sama ada melalui pantsuit putih, topi pussy ataupun gerakan fesyen sederhana. Pakaian merupakan salah satu bahagian intergrasi dalam debat kebebasan untuk membuat pilihan sendiri – apa yang anda lakukan terhadap tubuh sendiri, siapa yang menyentuh anda atau apa yang anda pakai – semuanya bermula dari isu berbangkit tentang pakaian gender-neutral selepas kebocoran pita-pita rakaman Trump yang bercakap mengenai pencabulan wanita dan perdebatan mengenai hijab. Perkara ini semakin jelas pada bulan Januari, sewaktu Women’s March di Washington.  


    “Elegan” adalah satu perkataan yang seringkali muncul dan dikaitkan dengan perkataan “sofistikated” dan juga “praktikal”.  


    “Saya percaya, perempuan sangat memikat apabila memakai pakaian yang memberikan mereka perasaan konfiden tanpa perlu membetulkan hemline atau menarik tali baju mereka,” kata Kors. – The New York Times

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Era Pakaian Terdedah Telah Berakhir - New York Times Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top