728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    Dulu Kerja Kilang, Kini Lelaki Nepai Ini Raih Pendapatan RM26,000 Sebulan

    Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang. Nanti den nak periksa salah silah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.



    By Izzat Ismail


    Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan.


    Malam tadi jam 10.30 aku  pergi ke rumah sewa lama untuk mengambil beberapa barang yang masih tertinggal di sana.


    Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.


    Disebabkan aku merupakan seorang rakyat Malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, maka aku mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung Everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak isu lagi.


    Dalam banyak-banyak yang kami borakkan, satu yang buat aku paling terkejut beruk bila Suren cerita pekerjaan dia sekarang dan berapakah jumlah pendapatannya.


    Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak ke pukul 12.20 tengah malam. Sudah macam jejak kasih jumpa saudara yang lama terpisah.


    Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ini cuma bekerja sebagai buruh awam di sebuah kilang di Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini.


    Suren mula buka perniagaan kedai makan yang dibuat khas untuk orang-orang Nepal. Modus operandi Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan. Secara purata, kos sehari adalah lebih kurang RM7.30 beserta khidmat penghantaran percuma.


    Jika pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang walk-in, harga makanan akan jauh lebih mahal mencecah RM11. Jadi, kebanyakan pelanggan memilih untuk mengambil pakej dengan bayaran bulanan sebanyak RM200.


    Sekarang Suren sudah ada 120 orang pelanggan tetap yang terdiri dari warga Nepal yang mengambil pakej bulanan. Dari sini sahaja, Suren sudah berjaya mendapatkan RM26,600. Ini pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang walk-in.


    Sekarang dia sudah boleh menggaji 6 orang pekerja untuk bertugas di kedai makannya. Kakak iparnya diambil sebagai juruwang, abangnya sebagai penyelia,  dua orang Nepal menguruskan pembungkusan makanan dan dua orang lagi Nepal sebagai tukang masak.


    Bila ditanya mengenai jadual hidupnya, berikut adalah apa yang aku diberitahu oleh Suren :


    5.00 am – bangun dan pergi ke kedai
    7.00 am – mulakan penghantaran pertama
    10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm
    5.00 pm – Suren pergi semula ke kedai
    6.00 pm – penghantaran kedua
    10.30 pm – balik rumah tidur


    Kagum sebentar aku dengan Suren. Sudahlah dia boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta Proton Waja RM8,000 secara tunai.


    Teringat aku kata-kata Suren pada aku malam itu:


    “Hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la.”


    Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.


    Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Dulu Kerja Kilang, Kini Lelaki Nepai Ini Raih Pendapatan RM26,000 Sebulan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top