728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 7 April 2017

    Disebut C*laka, Kelakar Ke?




    Kelakar Ke?


    Assalamualaikum. Terima ksh siarkan penulisan saya (Shar). Sebenarnya akhir-akhir ni saya rasa agak pelik atau maybe sebenarnya langsung tak pelik, cuma saya je yg beriya-iya rasa ianya pelik. Kalau awak jenis yang bermain fb atau sering scroll IG atau apa-apa sosial media, awak akan perasan perkataan kotor atau bahasa kasarnya carut.


    Ya, memang pada asalnya perkataan tu disebut c*laka, tp ditukar kpd J*lake, Jubake, atau words lain yg seangkatan dengannya. Sebab rata-ratanya kalau saya baca, mesti ada perkataan-perkataan macam tu digunakan.


    Saya tak tahulah kalau saya ni seorang yang kolot sebbb tak boleh dengar dan baca bila org mencarut. Saya rasa malu tambah-tambah bila benda yg dicarutkan tu berkaitan dengan bahagian sulit. Kadang-kadang orang anggap mencarut adalah sesuatu yang kelakar, yang boleh dibuat lawak.


    Lelaki dan perempuan kadang-kadang bergurau benda-benda mcm tu seperti tak ada rasa malu sesama sendiri. Persoalan saya, kenapa ada orang (bukan semua, cuma segelintir) suka menggunakan bahasa kesat ketika berkomunikasi secara terus atau dari dalam talian? Adakah ia harus atau sengaja dijadikan bahan tambahan untuk menyedapkan lagi ayat dan gurauan? Macam penambah perasa?


    Saya bukan seorang yang alim, tapi saya cuba untuk mengelakkan lidah dari sebut perkataan macam tu. Bukan apa, tapi takut lidah ni akan diseksa diakhirat kelak. Melawak boleh, tapi biarlah ada batas.

    Apa kata sama-sama kita kurangkan mencarut (seeloknya janganlah mencarut langsung.)Bercakap hanya bila perlu, atau diam. Kalau dekat mana-mana media sosial, selagi kita boleh kawal jari dari menaip perkataan tak elok, kawallah.


    Saya pun nak minta maaf sebab tulis words tu dekat perenggan atas. Saya cuma terfikir dan tertanya kenapa kata-kata kesat tu harus digunakan. Maaf salah dan silap sekiranya ada menyinggung perasaan para pembaca. Assalamualaikum.




    – Shar

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Disebut C*laka, Kelakar Ke? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top