Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar peranti boleh pakai (wearable), Fitbit berusaha membantu masyarakat negara ini mengatasi masalah tidur yang berkualiti dengan pengenalan gajet terbaru, Alta HR.
Ketua Pemasaran Produknya, Alexander Healy berkata, tidak cukup tidur juga memberi kesan produktiviti dengan menyebabkan kurang perhatian dan penumpuan berkurangan.
“Oleh itu, pengenalan Alta HR yang dipasang dengan aplikasi akan membantu melihat corak tidur pengguna seterusnya memberi cadangan waktu tidur tertentu yang sesuai kepada si pemakai,” katanya selepas pelancaran Alta HR.
Misalnya, Healy memaklumkan, Alta HR akan memaklumkan 30 minit lebih awal kepada pengguna untuk bersedia tidur dengan mengurangkan aktiviti dilakukan.
Alta HR mempunyai kelengkapan sensor degupan jantung, jangka hayat bateri sehingga tujuh jam, paparan OLED, pengesan aktiviti harian dan sesuai untuk disambungkan ke telefon pintar Android atau iOS.
Ia dijual pada harga RM730 dan kini boleh ditempah di laman e-dagang Lazada.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci