Wednesday, 19 April 2017
Ayah Sengaja Biarkan Anak Gadis 17 Tahun Mabuk.....
Pengalaman adalah guru yang terbaik, setuju? Di media sosial, ada yang sempat membaca kisah tular tentang seorang ayah yang sengaja membiarkan anak perempuannya mabuk.
Bukan bermaksud jahat, tetapi kerana beberapa perkara. baca berikut ini kisahnya:
Seorang anak perempuan berumur 17 tahun sengaja dibiarkan mabuk oleh ayahnya sendiri, tetapi netizen menjawab, “Papa seperti ini patut dipancungkan jambul!”
Seseorang yang menjadi ayah biasanya pasti sangat menyayangi puterinya. Seorang ayah akan bimbang dengan puterinya makan apa, pakai baju apa, siapa lelaki yang akan mengahwininya, dan sebagainya.
Seorang netizen ini berkongsi kisah ayahnya yang mengajarnya bagaimana melindungi diri sendiri dengan membiarkan dirinya mabuk.
Apabila masuk di usia remaja, dia kerap memberontak dan tidak mendengar kata ayahnya. Pada satu hari, dia pulang tengah malam dalam keadaan mabuk dan membimbangkan ayahnya.
Lusanya, ayahnya membawa dia pergi ke bar-bar untuk minum. Puterinya yang kehairanan sempat menolak, tetapi ayahnya hanya menjawab, “Tidak apa puteriku, minumlah sepuas hati kamu … Nanti papa yang bawa pulang”
Puterinya pun tak mahu menolak, apa sahaja yang boleh dia minum akan minum, sampai dia tak sedarkan diri.
Esok harinya, begitu dia bangun, dia mendapati sebuah surat yang bertulis,
“Puteriku, kamu ingat kelmarin kamu minum seberapa banyak baru mabuk? Jumlah 2 bir heineken, dan 5 gelas shot, itu batas kamu. Dunia ini penuh dengan orang jahat, papa tidak boleh melindungi kamu selamanya. Jadi ingat, kamu harus tahu batas kamu, ingat bagaimana melindungi diri kamu sendiri dan papa sangat percaya, kamu boleh melakukannya. ”
Melihat surat ayahnya itu, dia terus menangis tersentuh. Dia tahu ibu bapanya sangat bimbang dengan dirinya, tetapi kerana usia remajanya yang membuat dirinya ingin bebas, dia pasti akan memberontak dan tidak mahu mendengar ibu bapa memarahi atau menasihatinya.
Tetapi cara ayah ini mengajar, selain cuba memahami kedudukannya, ayahnya juga mempratikkan dengan apa yang terjadi jika dia melampaui batas.
Kerana terlalu tersentuh, dia akhirnya menceritakan kisah ayahnya yang membiarkan dia mabuk tetapi sekaligus mengajar betapa jahatnya dunia ini. Ceritanya ini mendapat banyak respon yang sangat positif, malah banyak yang termotivasi juga!
Seorang ayah, pastinya mahu melindungi anak-anaknya. Banyak perkara yang sebenarnya ibu bapa tidak mahu katakan kepada anaknya agar anaknya tidak perlu tahu, mereka kerap menggunakan peraturan yang keras untuk mengatur anaknya.
Harus diingati, sebagai anak, apalagi masih remaja, jangan katakan 10 kata ini kepada ibu bapa.
Sudah, sudah, sudah! Cerewet gila ah!
Sedarlah, “cerewet” ibu bapa adalah sebuah kebahagiaan
Ada apa lagi? Takde apa-apa lagi kan?
Ibu bapa cuma mahu mendengar suara kamu, kadang-kadang kita memang tidak memahami maksud mereka, tetapi biarkanlah mereka yang menutup telefon
Cakap pun masih tak faham, baik tak payah tanya!
Padahal mereka hanya bermaksud bercerita dan memahami dunia kamu
Berapa kali nak kata tak payah buat, masih jugak buat, eee rimaslah!
Ada beberapa perkara yang kerana uzurnya usia, hasilnya sudah tak sebaik yang dulu lagi, tetapi kata-kata anda, mungkin bukan menghancurkan karyanya, tetapi hatinya.
Aduh, Itu kan dah lama!
Nasihat ibu bapa memang mungkin tak boleh dipakai di zaman sekarang lagi, tetapi cubalah fahami maksudnya.
Kenapa kemaskan bilik tidur? Sekarangkan dah tak tau kat mana semua barang
Kadang-kadang mereka kemaskan bilik kita kerana kita tak pernah kemaskan bilik
Ya, nanti rasa lapar nak makan apa nanti pandai-pandailah makan, tak payah ajak
Mereka hanya ingin mengekspresikan cinta mereka dengan menjemput anda makan. Tiada salahnya! Bersyukurlah …
Jangan makan sayur baki semalam, kenapa tak pernah dengar?!
Itu sudah menjadi kebiasaan mereka, yang sudah terbentuk berpuluh-puluh tahun, mengertilah …
Saya ada prinsip saya sendiri, sudah kata tak perlu!
Barang-barang ini tak diperlukan lagi kenapa masih disimpan di sini!
Jika anda tiba-tiba merindukan papa dan mama atau anda tersentuh dengan artikel ini dan ingin menangis? Tidak mengapa itu sihat … maksudnya anda masih mencintai keluarga. Pulanglah, peluklah, dan ucapkan terima kasih kepada kedua ayah dan ibu.
sumber: Cocomy
No comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci