Tuesday, 18 April 2017

Apakah Maksudnya Jika Ada Bermimpi 10 Perkara Ini?






Kerap mimpi buruk? Atau mimpi yang aneh? Mimpi yang kita mimpikan selama ini ada maksudnya.

Semak maksud mimpi-mimpi berikut ini:



Gigi Patah

Menurut ahli psikologi, gigi menandakan kekuasaan dan percaya diri, jika mimpi gigi patah, menandakan sesuatu yang kamu pegang akan hilang atau hal yang tak boleh kamu kawalan akan terjadi. Anda perlu mencari semula kembali kepercayaan diri kerana itulah kunci kekuatan.

Terluka

Ini tandanya anda sensitif dan lemah terhadap sesuatu. Carilah titik kelemahan, dan kalahkannya! Jika tidak, mimpi ini akan terus menghantui diri anda.

Terikat atau Terperangkap

Jika anda seorang introvet, mimpi ini pasti kerap terjadi. Jika ini mimpi anda, tandanya anda rasa terperangkap dalam hidup anda, sama ada terperangkap pekerjaan, atau kewangan. Pelajari titik mana anda rasa terjebak, hadapi dengan realistik dan berusahalah mengubahnya atau melupakannya!

Jatuh

Ahli psikologi berkata, mimpi terjatuh itu muncul dari alam bawah sedar kita. Biasanya berkaitan dengan pekerjaan atau rumah tangga kita. Jika anda tidak tahu dimana bermasalah, tanyalah kepada pakar psikiatri. Mungkin anda mempunyai pengalaman yang buruk atau perkara kecil yang telah kamu lupakan tapi belum dapat diselesaikan.

Kawalan Kereta

Jika anda mimpi sedang memandu kereta yang tak terkawal, ini menunjukkan hidupmu sedang mengarah kearah yang tidak jelas. Carilah apa yang menghalang hidup dan masa depanmu, dan kembali ke jalan yang semestinya anda harus berjalan.

Dikejar

Biasanya kaum hawa selalu diganggu mimpi dikejar oleh orang jahat atau binatang. Ini memperingati anda sedang takut menghadapi sesuatu masalah. Jadikan mimpi ini menjadi satu cabaran hidup, cari cara untuk menyelesaikannya dan beranilah melangkah ke hadapan.

Urusan Penting dan Terlambat

Anda kerap bermimpi di dalam satu acara seperti perkahwinan? Menurut ahli psikologi, itu tandanya anda bimbang berlebihan! Aturlah waktu anda sebaik mungkin, jangan terlalu banyak mengumbarkan janji yang mungkin tak boleh anda tepati.

Telanjang

Jika mimpi telanjang, itu tandanya anda seorang yang lemah, tidak rasa aman dan bimbang berlebihan. Jangan terlalu terikut oleh emosi, hancurkan kitaran jahat dalam hidup dan luahan perasaan pada rakan terdekat.

Berjumpa Dengan Orang Yang Sudah Meninggal

Jika filem hantu, ini tandanya anda takut mati atau takut sakit. Berkemungkinan, anda sedang bermasalah dengan kawan baik anda, selesaikan masalah anda dengannya.

Mati

Mimpi anda mati tidak bermaksud buruk. Ini petanda ada perkara yang harus dilalui agar boleh melompat ke tahap selanjutnya. Beranikan diri dan melangkahlah ke hadapan!

Akhir sekali, daripada 10 mimpi-mimpi ini, yang kerap anda mimpikan?








Sumber: ViralNova

No comments:

Post a Comment

Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci