728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, 1 April 2017

    9 Jenis Hukuman Zaman Kanak Kanak Tak Boleh Dilupakan




    Zaman kanak-kanak adalah zaman yang memang tak boleh kita lupakan. Pelbagai kenangan pahit dan manis kita cipta bersama keluarga dan rakan-rakan.


    Selalunya sewaktu kanak-kanak memang kita agak nakal kan? Jadi kalau ada buat salah, mesti akan terima hukuman daripada mak ayah.


    Kalau dulu mesti kita rasa geram apabila terima hukuman. Yelah, waktu budak-budak dulu bukan boleh fikir sangat apa yang baik dan buruk. Tetapi disebabkan hukuman-hukuman itulah yang menjadikan siapa kita sekarang.


    Jadi, agak-agak anda masih ingat tak apa hukuman yang anda pernah kena dulu?




    1. Kena rotan

    Rasanya ini hukuman biasa dan mesti ramai yang pernah kena. Selalunya rotan ni adalah hukuman untuk kesalahan-kesalahan kecil. Macam menipu ke, ponteng sekolah ke dan sebagainya. Dan seringkali tapak tangan lah yang akan menjadi 'tumpuan' untuk dirotan. Kadang-kadang mak kita ni kreatif juga, takde kayu rotan pakai hanger pun boleh. Improvised katanya.


    2. Sebat pakai tali pinggang

    Selain digunakan di pinggang, tali pinggang juga boleh menjadi senjata yang menyakitkan jika anda melakukan kesalahan. Tali pinggang ni kalau kena kat badan memang sakit. Birat dia tuhan saja yang tahu. Siapa yang selalu guna tali pinggang bila jatuhkan hukuman? Tentulah ayah kita sebab senang, bila marah terus capai tali pinggang yang mereka pakai dekat pinggang. Mudah dan cepat kan?


    3. Denda ketuk ketampi

    Hukuman ni agak old school sikitlah. Rasanya sekarang memang susah dah nak jumpa mak ayah yang guna style hukuman macam ni. Tapi boleh tahan penat juga. 10 kali tak apa lagi, tapi kalau dah sampai 50 kali, lembik satu badan dibuatnya.

    Bukan saja di rumah, hukuman ini juga sering digunapakai di sekolah. :P


    4. Mulut kena cili

    Sesiapa yang jenis suka sebut bukan-bukan tu, mesti mulut mereka pernah 'kena cili'. Selalunya hukuman ni akan dilakukan oleh mak-mak kita. Bila dah kena tu, pedas dia Masha-Allah tak boleh nak cakap. Menggelupur satu badan. Bayangkan makan cili hidup macam tu je. Tak ke tebal mulut jadinya kan?


    5. Kena ikat dekat pokok

    Ini boleh diklasifikasikan sebagai hukuman yang agak berat juga. Tambahan lagi, jika ayah anda seorang yang garang. Mereka yang buat salah akan diikat pada sebatang pokok sambil mengakui salah mereka dan meminta maaf. Kalau dapat pokok yang ada kerengga, nasiblah. Merah lah satu badan jadinya.


    6. Basuh longkang

    Hukuman ini pun agak berat juga sebab memang memenatkan. Tapi selalunya akan basuh beramai-ramai lah dengan adik beradik lain sebab puncanya bergaduh sesama sendiri. Kadang-kadang gaduh tu tak adalah sebab apa sangat, paling-paling pun gaduh mulut sebab berebut makanan yang berakhir dengan scene tarik-tarik rambut. Ini adik-beradik perempuan lah. Kalau lelaki selalunya akan bertumbuk. Haha...


    7. Kena kurung dalam bilik

    Disebabkan perangai yang suka keluar rumah dan pulang lambat, anda akan dikurung di dalam bilik. Mungkin untuk beberapa jam, setengah hari atau mungkin juga untuk seharian. Masa kena kurung tu rasa geram pun ada marah pun ada. Bayangkanlah kalau seharian dalam bilik, nak buat apa je. Betul tak?


    8. Kena kurung dalam reban ayam

    Kalau tadi kena kurung dalam bilik, nak lebih extreme lagi ada juga di antara kita dulu pernah dikurung di dalam reban ayam. Kesalahannya agak sama iaitu sering pulang lewat ke rumah. Biasalah budak-budak, bila dah syok main kat luar rumah sampai lupa nak balik. Kadang-kadang bila azan dah berkemundang pun masih lagi kat padang main bola. Manalah tak kena kurung kan?

    Tapi azabnya kena kurung dalam reban ayam ni memang tak boleh nak cakap. Hidung kena tahan bau busuk tahi-tahi ayam yang ada kat situ.


    9. Berendam dalam kolah mandi

    Ini selalunya terjadi kepada mereka yang tinggal di kawasan kampung. Antara kesalahan yang menyebabkan kita terima hukuman ini adalah disebabkan anda 'berkubang' di dalam kolah mandi tersebut. Disebabkan itu, air di dalam kolah mandi pun menjadi kotor, maka anda pun menerima hukuman dengan terpaksa berendam untuk beberapa jam di dalam kolah tersebut. Awal-awal boleh lah tahan, lama-lama sejuk dia menusuk ke tulang!

    Keluar-keluar je menggigil satu badan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 9 Jenis Hukuman Zaman Kanak Kanak Tak Boleh Dilupakan Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top