Pusat yang berada di perut ini merupakan bahagian tubuh yang mungkin tidak terlalu banyak mendapat perhatian. Tapi ada fakta-fakta menarik mengenai si pusat ini.
Pusat adalah lubang tertutup yang terjadi ketika tali pusat bayi yang baru dilahirkan dipotong, tali pusat ini merupakan tempat penyaluran nutrisi dan penghubung antara ibu dengan janin yang di kandungnya.
Kulit pusat merupakan bahagian yang cukup sensitif sehingga kebersihannya harus dijaga dengan baik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria yang merugikan.
Jiri Hulcr dan rakan dari Raleigh, NC menerangkan walaupun pusat bukan tempat yang biasa dilakukan penelitian, tapi ada banyak perkara yang boleh diketahui dari organ tubuh kecil ini
Ini dia fakta menarik itu:
1. Pusat pada perut merupakan salah satu bahagian yang dilindungi sehingga ia menjadi tempat yang selamat bagi mikroba kulit normal.
2. Pusat tidak menghasilkan minyak seperti bahagian tubuh lain yang dilindungi, misalnya hidung atau ketiak. Jadi flora mikrob yang ada di dalam pusat cukup mewakili seluruh tubuh.
3. Semua mamalia yang mempunyai plasenta akan mempunyai pusat , tapi umumnya pusat pada manusia lebih terlihat jelas berbanding mamalia lain.
4. Orang yang memiliki bentuk pusat menonjol keluar lebih sedikit berbanding yang normal, dan tidak ada perbezaan dengan pusat yang masuk ke dalam kecuali bentuknya saja.
5. Penyelidik mendedahkan bahawa bentuk ideal dari pusat seorang perempuan adalah kecil dan berbentuk seperti huruf T, sementara pusat yang kurang menarik berbentuk horizontal dan menonjol.
6. Pusat mempunyai nama yang bermacam-macam, tapi secara teknikal dikenali dengan nama ‘navel’ yang berasal dari kata Anglo-Saxon ‘nafela’. Sementara bangsa Romawi menyebutnya dengan ‘umbilicus’ dan orang Yunani menyebutnya ‘omphalotomy’.
7. Pusat pada ibu hamil akan tampak menonjol, hal ini kerana adanya penambahan berat badan yang membuat tekanan semakin besar dan rangkaian kulit melebar.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci