728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 12 April 2017

    6 Teknologi Tahun 80 an Yang Menggamit Memori Anda




    Tahun sekitar 1980-an boleh dikirakan sebagai tahun-tahun retro yang paling dirindui oleh ramai orang.

    Mesikpun teknologi pada masa itu tidaklah secanggih pada zaman sekarang, namun keunikan dan memori yang diberikan saat kita menggunakan teknologi ini suatu ketika dahulu akan buat kita merindui mereka.



    Tahun : 1980

    Sony merupakan syarikat perintis yang menerajui dua peranti audio mudah alih suatu ketika dahulu sebelum wujudnya jenama-jenama lain seperti Panasonic dan Philips. Pemain kaset yang dikenali sebagai walkman ini sememangnya menjadi peranti idaman semua orang pada waktu itu.



    Tahun: 1987

    Berdasarkan kepada saiz dan rupanya yang sedikit complicated. Tidak mustahillah yang ianya pernah menjadi raja pada suatu ketika dahulu.

    Boleh diibaratkan seperti set Hi-Fi pada tahun 1980, Promax J-1 Super Jumbo ini sememangnya menjadi aksesori wajib bagi mereka yang mengikuti muzik hip-hop pada masa itu.



    Tahun : 1987

    Dianggap sebagai salah satu teknologi penting di zaman era kegemilangan ‘hip hop’ 80’an.  Rata rata pemuzik dan produser waktu itu menggunakannya termasuklah Marley Marl, DJ Premier, Pete Rock dan Dr.Dre.



    Tahun: 1988

    Dilancarkan pada akhir tahun 1980-an. Headset Bose ini direka khas untuk juruterbang kerana teknologi noise reduction yang dikatakan mampu untuk menghilangkan bunyi bising dari enjin kapal terbang jet



    Tahun: 1983

    Sound Burger keluaran syarikat Audio-Techica ini mungkin menjadi perintis kepada teknologi pemain cakera keras (CD) yang wujud pada beberapa tahun kemudian. Peranti ini membolehkan peminat piring hitam mendengar lagu-lagu kegemaran mereka daripada piring hitam semasa berada di luar.

    Memiliki permainan kosol Atari ini boleh diibaratkan seperti memiliki Playstation 4 pada ketika itu di mana, pemiliknya mampu berdiri megah dan dipandang sebagai seorang yang cool di kalangan kawan-kawan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 6 Teknologi Tahun 80 an Yang Menggamit Memori Anda Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top