728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 19 April 2017

    5 Aksi Anak Yang Buatkan Kita Melting Dengan Mereka...




    Anak-anak ni adalah penyeri rumahtangga. Ada je telatah diorang ni yang boleh buat kita gelak tak kering gusi, tapi kalau tiba-tiba datang tantrum diorang tu, ishh geram pun ada, kelakar pun ada.

    Kadang-kadang tak tahu nak ketawa ke nak marah. Tapi sebenarnya dorang ni bermanja dengan kita je. So, ibu-ibu, apa salahnya, balik je kerja tu, luangkan masa sikit untuk cium, peluk dan gurau-gurau manja dengan mereka. Mesti si manja suka!

    Tapi malam-malam tu bila si manja dah tidur, tengok muka diorang yang tengah lena dibuai mimpi tu, terus melting. Mak-mak mesti boleh relate dengan situasi ni kan? Bukan apa, kanak-kanak ni dorang sebenarnya nak kan perhatian kita je. Tu yang macam-macam kerenah tu.

    Jom tengok apa lagi aksi si manja yang boleh buat kita melting..


    Bila anak mengamuk nak tidur

    Rasanya semua parents pernah alami situasi ni. Time tengah shopping kat mall ke, tengah jalan-jalan kat pantai, time tulah si manja buat perangai nak tidur.  Siap melalak berguling-guling kat lantai lagi. Drama betul! Hahaha. Tulah, bila malam sikit punya susah nak bagi diorang tidur. Arghhh..stressnya!

    Tapi percayalah, dalam stress dengan peel diorang tu, bila tengok muka anak tengah tidur, terus rasa sayu je hati. Macam bukan dia je berguling-guling kat lantai tadi. LOL!

    “Mama.. I Love You”

    Yang ini memang win! Boleh kata ayat ni macam magic la bagi mak-mak. Pernah tak, korang balik je kerja, buka pintu rumah tu, si manja terus berlari ke arah korang. Siap peluk, kiss dan cakap “Mama, I Love You!”.

    Ahhhh..lenyap terus rasa letih. Terus cair macam jelly. Haha!

    “Saya lukis muka mommy!”

    Kanak-kanak ni memang kreatif kan dan antara hobi yang dorang suka buat adalah melukis dan mewarna. Pernah tak sekali sekala tu, si manja tiba-tiba datang kat kita pastu tunjuk dia lukis muka kita.

    Katanya, cikgu suruh lukis orang yang paling disayangi, so dia lukis muka korang. Alahai..memang rasa tersentuh sangat hati ni. Terus peluk si manja kuat-kuat. Hehe!

    Conteng muka dengan marker pen. So funny!

    Boleh berasap hidung mak-mak kalau tiba-tiba tengok muka anak dah berconteng. Guna marker pen pulak tu! Bukan setakat conteng muka, habis satu badan dicontengnya.

    Arghh geramnya! Tapi kelakar pun ada. Tambah-tambah bila tengok muka anak yang tak bersalah tu. Terus tak sampai hati nak marah. LOL!

    Bila anak berjaya buat sesuatu tanpa bantuan kita

    Kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 tahun ke atas ni memang suka explore semua benda. Semua benda diorang nak tahu dan buat sendiri.

    Nak ikat tali kasut, nak makan sendiri, pakai baju sendiri, kalau boleh semua dorang nak buat sendiri. So..kita as parents ni kena support la. Bagi semangat diorang nak belajar.

    Tapi perasan tak, setiap kali diorang berjaya buat sesuatu tanpa bantuan kita, mesti bercahaya je muka. Parents pun masa tu kembang kempis hidung bangga dengan anak sendiri, tapi dalam hati dah cair habis dah ni. Haha!

    Apa apa pun, as parents, apa yang paling penting adalah anak tu membesar dengan sihat, kuat dan bertenaga. So, as a mom, korang mesti  sehabis baik nak provide yang terbaik untuk tumbesaran diorang kan.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Aksi Anak Yang Buatkan Kita Melting Dengan Mereka... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top