728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 7 April 2017

    4 Langkah Cara Nak Hilangkan Kabus Pada Waktu Hujan Tanpa Aircond





    Sudaah dalam perjalanan, tiba-tiba penghawa dingin kereta pula rosak. Lebioh malang, hujan turun lebat pula. Cermin kereta berkabus, memandu punsusah dan berbahaya.

    Jangan risau ada beberapa cara yang boleh dilakukan, dan berkemungkinan besar anda juga ada membawa ubat gigi bersama anda.

    Ambil ubat gigi tersebut dan sapukan sama rata pada bahagian cermin kereta bahagian dalam. Ini akan membantu mencegah pemeluwapan pada cermin kereta anda atau anda juga boleh menggunakan krim pencukur mahupun sabun buku sekiranya tiada ubat gigi.

    Selain itu, ubi ketang juga boleh membantu cermin kereta anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini pada visor helmet.


    Langkah 1

    Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

    Langkah 2

    Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

    Langkah 3

    Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

    Langkah 4

    Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering. Selamat mencuba!






    Sumber: Sinar.FM

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 4 Langkah Cara Nak Hilangkan Kabus Pada Waktu Hujan Tanpa Aircond Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top