728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 18 April 2017

    3 Sebab Kenapa Bahaya Jika Anda Pergi China Hujung Bulan Ini




    By Syafiq San

    Sudah mahu memasuki bulan Ramadhan dan lepas itu Hari Raya. Ramai peniaga kini dilihat berpusu-pusu merebut peluang untuk ke China sebagai persediaan stok perniagaan di sepanjang bulan Ramadhan. Tetapi ada juga yang ke sana sekadar yang mahu berjalan.

    Tetapi Pak Long mahu bagi amaran. 3 sebab jangan pergi China, Guangzhou pada hujung bulan ni ( 15 April – 5 Mei 2017 ). Antaranya



    1. Canton Fair 2017

    Canton Fair ini merupakan pameran atau Expo terbesar di dunia yang mengumpulkan Pengeluar Utama segala jenis produk yang kita gunakan sekarang ini. Dalam bahasa mudahnya event ini menghimpunkan hampir semua pengilang di bawah satu bumbung tanpa campurtangan pihak ketiga.

    Berminat mahu buat gajet? Peralatan elektronik? Makanan? Minuman? Mainan? Atau apa-apa produk menggunakan jenama sendiri, semuanya ada di sini.



    2. Hotel cekik darah

    Sekiranya harga purata hotel sebelum ini adalah di sekitar 200-400RMB, tetapi pada pasa inilah, harga hotel akan meningkat naik berkali ganda. Jadi jangan terkejut sekiranya harga hotel pada masa ini jadi lebih mahal dari harga barang yang kau nak beli.



    3. Harga teksi mcm harga kapal terbang

    Sekiranya sebelum ini harga teksi untuk jarak perjalanan yang tidak jauh adalah di sekitar 10RMB, tetapi jagan mengamuk bila harga teksi meningkat sehingga 40-60RMB untuk jarak yang sama. Kalau tidak mahu menggunakan teksi, boleh sewa basikal, tetapi pastikan ada akaun WeChat.

    Jadi, rancanglah perjalanan korang sekiranya mahu ke China dalam jangka masa terdekat ini. Jadilah pelancong yang bijak.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 3 Sebab Kenapa Bahaya Jika Anda Pergi China Hujung Bulan Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top