728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 April 2017

    10 Bandar Di Dunia Paling Kotor Dan Tercemar




    Buat kali pertama dalam sejarah, separuh daripada populasi dunia hidup di kawasan bandar. Bagaimanapun, percaya atau tidak hanya 12 peratus daripada populasi dikatakan mempunyai tahap pencemaran udara mengikut panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Daripada 195 negara, hanya Kanada dan Iceland dianggap memenuhi kriteria udara paling sihat.

    Berikut senarai 10 negara yang paling kotor/tidak sihat didiami di dunia.



    1. Addis Ababa (Ethiopia)


    Pada tahun 2014, Addis Ababa menerima bacaan Indeks Kesihatan dan Sanitasi 37.9, ekoran terdapat pencemaran air yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan kematian terhadap bayi di negara itu.



    2. Mexico City (Mexico)


    Pencemaran udara merupakan senario harian yang melanda bandar Mexico City. Dikelilingi gunung-ganang, bentuk muka bumi tersebut menyebabkan debu dan habuk sentiasa kekal di bandar itu.



    3. Karachi (Pakistan)


    Walaupun sukar mendapatkan bekalan air bersih, namun pencemaran utama di bandar itu melibatkan udara.

    Berpunca daripada asap kenderaan dan pembakaran sampah tidak terkawal, Indeks Pencemaran Udara (IPU) sentiasa berada dalam keadaan tidak sihat.



    4. Port au Prince (Haiti)


    Ekoran menjadi pusat dagangan dan perniagaan, ia bukan fakta mengejutkan apabila bandar itu berdepan pelbagai isu pencemaran.

    Penduduk di Port au Prince berpendapat, kegagalan pihak kerajaan melaksanakan undang-undang antara punca kadar pencemaran semakin meingkat.



    5. Khorramabad (Iran)


    Khorramabad merupakan pusat pertanian di daerah Lorestan. Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan bahawa 80, 000 kematian dicatat pada tahun 2012 yang berpunca daripada pencemaran.



    6. Antananarivo (Madagascar)


    Ramai yang tidak menyangka, negara yang sering dikaitkan dengan keindahan flora dan fauna ini disenaraikan sebagai kotor dan tidak sihat.

    Antananrivo mencapai tahap pencemaran menakutkan berpunca daripada perkilangan dan penebangan hutan tidak terkawal.



    7. Dhaka (Bangladesh)


    Memiliki populasi seramai 15 juta, Dhaka berdepan masalah kesesakan populasi.

    Disebabkan kadar populasi terlalu tinggi, kerajaan Bangladesh melaporkan senario itu mencetuskan pencemaran udar dan air.



    8. Baku (Azerbaijan)


    Dengan Indeks Kesihatan dan Sanitasi 27.6, ibu negeri Azerbaijan ini dilabel sebagai bandar yang paling tidak sihat untuk didiami.

    Pencemaran udara dan air berapa di tahap berbahaya berpunca daripada aktiviti gali minyak dan perkapalan.



    9 . Luanda (Angola)


    Meskipun dilabelkan sebagai bandar termahal didunia, namun ramai yang tidak tahu bahawa penduduk di bandar itu minum air yang kotor dan tidak sihat hampir setiap hari.

    Menurut Irin News, Angola sedang dalam proses pemulihan daripada bakteria cholera yang melanda negara itu tahun lalu.



    10. Delhi, Patna, Gwalior, Raipur, Mumbai, Ahmadabad, Lucknow (India)


    Dengan kadar populasi melebihi 1.3 bilion, tidak hairanlah India tersenarai sebagai negara yang memiliki paling banyak bandar kotor. India berdepan pencemaran udara dan air dengan penduduknya terdedah dengan pelbagai penyakit.

    Bagaimanapun, pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kesihatan penduduk tidak terjejas.



    Sumber : Hanasuva

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 10 Bandar Di Dunia Paling Kotor Dan Tercemar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top