Kad pembayaran tanpa sentuh atau Visa Paywave adalah satu instrumen pembayaran yang efektif untuk menggantikan wang tunai dan dapat menyumbang kepada efisiensi peningkatan produktiviti negara.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Abdul Aziz, dengan adanya Visa Paywave ini, ia boleh digunakan secara meluas di rantaian makanan segera dan pasar raya bagi urus niaga bernilai rendah.
“Kad pembayaran tanpa sentuh menawarkan kelajuan transaksi lebih cepat yang memudahkan proses pembayaran untuk peniaga.
“Pemegang kad pembayaran tanpa sentuh dapat membuat pembayaran dengan lebih mudah dengan hanya menyentuh kad mereka di terminal kad tanpa perlu beratur lama untuk membuat
pembayaran,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen Parit Sulung, Datuk Noraini Ahmad di Dewan Rakyat, Rabu.
Terdahulu, Noraini meminta kerajaan menyatakan kepentingan sistem kemudahan pembayaran tanpa sentuh iaitu payWave melalui kad debit atau kredit kepada masyarakat dan ekonomi negara sejak ianya diperkenalkan pada tahun lalu.
Visa Paywave merupakan salah satu jenama kad pembayaran tanpa sentuh di mana pemegang kad hanya perlu menyentuh kad mereka di terminal kad untuk membuat pembayaran bagi urus niaga bernilai rendah.
Jenama kad pembayaran tanpa sentuh yang lain termasuk MasterCard Paypass dan MyDebit (jenama domestik).
Kad pembayaran tanpa sentuh mula dikeluarkan secara meluas sejak akhir tahun 2016 apabila bank-bank menggantikan kad debit dengan kad debit berciri tanpa sentuh, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif perpindahan kepada Cip dan PIN dan Spesifikasi Kad Cip Malaysia.
“Bilangan transaksi menggunakan kad pembayaran tanpa sentuh juga telah meningkat dari 2.8 juta pada tahun 2015 kepada 7.2 juta pada tahun 2016 dengan nilai pembelian sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2016,” ujarnya.
"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
0 Comments:
Post a Comment
Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci