728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday, 20 March 2017

    ‘TSUNAMI MAHATHIR’ PADA PRU14 PETANDA SUDAH KELIHATAN






    KOTA BHARU, 17 Mac 2017 -  Orang ramai memenuhi padang bola tempat ceramah Dr Mahathir di Kelantan yang membawa andaian ‘Tsunami Dr M’ dalam PRU 14 nanti.

    Prof Agus meramalkan ‘Tsunami Mahathir’ dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan kelmarin.

    Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya “Tsunami Mahathir” dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

    Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah awal bulan ini.

    Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.

    Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.

    Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.

    “Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian,” tulis Agus yang sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.

    Admin kurang pasti berapakah angka dan anggaran jumlah yang hadir dan Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusof tidak pula berani menyatakanya keadaan sebenarnya, adakah mencecah ke angka 10 ribu orang?

    Kehadiran semasa ceramah Muhyiddin Yassin di Penggang baru-baru ini, kabarnya memenuhi Dewan orang ramai..

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: ‘TSUNAMI MAHATHIR’ PADA PRU14 PETANDA SUDAH KELIHATAN Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top