728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 20 March 2017

    'Sesame Street' Perkenal Watak Austime



    Rancangan 'Sesame Street' baru-baru ini memperkenalkan watak Julia sebagai penghidap autisme, kaedah terbaru untuk mengajar kanak-kanak berkaitan isu sosial.

    Rancangan kanak-kanak itu disiarkan sejak 50 tahun lalu.

    Pengasas program televisyen kanak-kanak terkenal itu ketika ditemuramah rangkaian berita CBS menerusi '60 Minutes' yang disiarkan semalam, mengumumkan pengenalan watak berkenaan.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS), masalah autisme dikesan meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kadar satu dalam setiap 68 kanak-kanak di negara itu.

    Bagaimanapun, untuk menangani topik membabitkan golongan itu tidak semudah disangka.

    "Perbincangan utama ketika permulaan, bagaimana kita melakukannya? Bagaimana kita membincangkan autisme?

    "Ia agak sukar kerana autisme bukan hanya satu perkara dan ia berbeza bagi setiap penghidap autisme," kata penulis rancangan 'Sesame Street', Christine Ferraro, dalam '60 Minutes'. Episod yang memperkenalkan Julia merangkumi beberapa senario biasa.

    "Antaranya apabila 'Big Bird' diperkenalkan kepada Julia, dia tidak mempedulikannya.

    "Ketika kumpulan kanak-kanak mahu bermain tag bersama, Julia menjadi teruja dan mula melompat.

    "Ia adalah perlakuan biasa kepada beberapa kanak-kanak autisme tetapi keadaan bertukar menjadi permainan baharu apabila semua kanak-kanak melompat-lompat dengan Julia.

    "Oleh itu, cara mudah menunjukkannya hanya dengan sedikit penyesuaian, mereka mudah untuk memahami dirinya," kata Ferraro.

    Bagi watak lain, rancangan itu sedang menjalankan penyelidikan terperinci, termasuk berjumpa dengan pendidik dan pakar psikologi kanak-kanak.

    Kes ini ia juga membabitkan organisasi autisme dalam usaha untuk memahami cara terbaik menjadikan mereka kelihatan normal. - AFP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 'Sesame Street' Perkenal Watak Austime Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top