728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 26 March 2017

    Segmen Maritim LIMA 17 Tarik Minat 54 Ribu Pengunjung



    Pameran segmen maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) di Resort World Langkawi menerima kehadiran lebih 54,000 pengunjung sejak Selasa lalu.

    Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan berkata pengunjung berpeluang melawat aset TLDM dan kapal tentera laut asing yang berlabuh setiap hari secara percuma dengan menaiki bot khas yang telah disediakan.

    Sejumlah 55 kapal terdiri daripada 16 buah kapal perang tentera laut dari luar negara dan 39 buah kapal TLDM serta agensi-agensi tempatan dipamerkan sempena LIMA’17.

    “Bertemakan ‘Today For Tomorrow’, pameran itu bertujuan memberikan peluang kepada masyarakat lebih mengenali TLDM secara dekat selain membolehkan pengunjung memahami pengoperasian TLDM secara keseluruhannya,” menurut kenyataan itu hari ini.

    Antara aktivit pameran ialah persembahan pancaragam dari Tentera Laut Filipina, Tentera Laut Sri Lanka, Drumline Pancaragam Pusat TLDM, pertunjukan pakaian seragam dan kawad senyap serta pameran oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL).

    Turut mendapat sambutan luar biasa ialah pameran Promosi dan Kerjaya TLDM apabila merekodkan lebih 7,000 pengunjung.

    LIMA’17 yang berlangsung sejak Selasa lalu akan berakhir hari ini. – BERNAMA

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Segmen Maritim LIMA 17 Tarik Minat 54 Ribu Pengunjung Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top