728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 24 March 2017

    Kualiti Sperma Anda Sekarang Boleh Diuji Di Telefon Pintar



    Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki.

    Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melaluinya golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit.

    Masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.

    Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sperma berkualiti rendah.

    Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.

    “Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan,” kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan dalam bidang perubatan di Hospital Wanita Brigham.

    “Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan,” katanya.

    Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.

    Penyelidik merancang untuk melakukan ujian tambahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). AFP

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Kualiti Sperma Anda Sekarang Boleh Diuji Di Telefon Pintar Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top