728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 26 March 2017

    Indonesia Naikkan Harga Haji Tahun Ini




    Kerajaan dan Dewan Rakyat Indonesia kelmarin, bersetuju untuk menaikkan harga haji tahun ini kepada 34.9 juta rupiah (RM11,590), lebih tinggi daripada tahun lalu iaitu 34.6 juta rupiah (RM11,490).

    Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Agama Dewan Rakyat, Ali Taher Parasong berkata, peningkatan harga bertujuan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah seperti makanan dan khemah.

    "Oleh kerana mereka akan menetap di Arab Saudi selama 41 hari berbanding 40 hari sebelumnya, perlu ada peningkatan dalam peruntukan  makanan.

    "Berdasarkan pemantauan musim haji tahun lalu, kerajaan bersetuju  memudahkan jemaah dengan 5,330 khemah dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Agama di Jakarta Selatan. - Jakarta Post

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Indonesia Naikkan Harga Haji Tahun Ini Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top